Sunday, October 12, 2008

Salam Raya Buat Zul...

Tak sangka pada lima hari raya aku dapat panggilan telefon daripada member yang telah lama terputus hubungan. Terkejut juga aku kerana dia hanya perkenalkan dirinya Zul. Lama aku fikirkan Zul yang mana satu. Apabila dia menyatakan semasa di maktab tinggal di Nusantara, barulah aku perasan rupa-rupanya Zulkefli Hamid. Apa lagi banyak cerital a. Dia kini mengajar di Kelantan iaitu Gua Musang agak pedalaman sedikit. Bagi aku itu kira okey juga kerana dapat balik negeri. Apa-apa pun aku harap dia bahagia di samping pasangan dan empat orang anaknya. Selamat Hari Raya untuk member yang dah lama tak dengar khabar.

Kes Lama Tapi Baru ...... Naya Sungguh.

Sehari sebelum raya, aku hantar sms kepada member kita roden. Sebaik sahaja dia menerima sms aku, dia terus telefon aku. Kesian dia kerana masa tu dia masih kerja. Dia mengadu pada aku bahawa sewaktu dia telefon aku, dia berada di kedai telekom di tempatnya. Katanya dia dapat bil telefon tertunggak sebanyak lebih kurang RM 300 lebih. Bil itu ialah bil sewaktu kami di Rumah Nusantara (Maktab). Setahu aku semua bil telah dijelaskan ketika kami semua keluar. Apabila dia semak dekat telekom, barulah tahu bahawa bil tertunggak itu ialah bil tahun 1997. Setahu aku kita keluar pertengahan tahun 1994. Rupa-rupanya ketika kami keluar, nama orang yang mendaftar masuk telefon tidak dipotong. Ini kerana memberi ruang kepada junior menyambung sahaja talian tersebut. Tetapi apabila maktab ditutup mereka cabut macam tu sahaja. Yang menjadi mangsa member kita Roden. Apalah punya junior, tak bertanggungjawab langsung.

Oleh itu, ada kalanya niat kita memang untuk menolong member tapi akhirnya menyusahkan kita balik.