Saturday, February 27, 2010

Lagi member baru ..

SELAMAT DATANG

Zainab bt Tukinon ( .1)

Bekas Exco Majlis Guru Pelatih kita yang kini bertugas di Kuala Lumpur.
Boleh dikatakan semua orang mengenali beliau ketika di maktab kerana beliau memang cukup popular.

Norliza Bt Nazari (.7)

Cukup sukar menjejak member yang sorang ini tapi akhirnya bertemu juga dengan beliau di FB.
Kini masih bertugas di Alor Setar.

Ada tiga jemputan yang dihantar ke ex MPSP 9294. Hanya 2 yang berjawab dan ini adalah antara member yang ditemui di laman Facebook.
Sila klik pada nama mereka untuk ke pautan FB.

Monday, February 22, 2010

Yang Terbaru ..


ROSLINDA BT NORDIN (Point 6)
Kini berada di Dungun, Terengganu .. antara member kita yang memang dah lost contact dengan rakan-rakan lama. Maklumat beliau telah diupdate di blog sulit.


MAZLAN ABDUL RANI (Point 5)
Orang kuat Sukan di maktab kita dulu dan masih lagi menjadi orang kuat sukan kini. Entri khas tentang kunjungan kami ke banglo beliau sekitar akhir tahun lepas telah dibuat sebelum ini.
Sila baca tentang kunjungan kami ke rumah beliau dan Azizah.
Sila klik disini untuk membaca entri tersebut.

Ini adalah antara member terbaru yang menyertai rangkaian Facebook. Sila klik pada nama mereka untuk mendapatkan link.

Friday, February 19, 2010

Wednesday, February 17, 2010

SERATUS LIMA PULUH

Ini adalah merupakan artikel yang ke 150 ditulis sejak bermulanya blog ini. Seiring dengan itu, telah ramai yang telah berjaya kita temui. Mana yang tidak pernah didengar khabar berita telah kembali muncul.
Seolah masa 16 tahun itu baru semalam kita lalui.
Kami masih menanti rakan-rakan untuk turut menghantar berita dan cerita.
Kami masih berharap agar blog ini dapat sama-sama kita kongsikan tidak kira dalam bentuk artikel mahupun gambar.
Jika ada yang datang dan terus berlalu, kini mulalah tinggalkan jejak agar kita dapat berhubung kembali.
Jika terasa keberatan untuk menjadi penulis dan menulis sendiri, hantarkan cerita atau gambar itu kepada kami melalui email. Selebihnya biar kami usahakan.
Semoga usaha ini tidak berakhir di sini.


Perkembangan terkini :

~hanya 31 orang yang telah berdaftar dan boleh melayari blog sulit

~ 3 masih belum menerima pelawaan untuk ke blog sulit.

~Kelas paling ramai data keahlian : point 4

~Kelas paling sedikit data keahlian : point 5

~ data mengikut kelas yang ada di blog sulit
.1(7), .2(10), .3(7), .4(18), .5(5), .6(7), .7(13) dan .8(6)

~ 31 orang mempunyai Facebook

~ 6 mempunyai blog sendiri

~ 12 orang telah menyertai Batch 92-94 di http://mpsripinang.ning.com

~ 14 orang telah menyertai ning.


Friday, February 12, 2010

http://mpsripinang.ning.com

Malam ini kami dihubungi oleh pasangan MPSP dari batch 86/88. Mereka juga sedang mencari rakan2 lama dari MPSP. Mungkin kerana blog ini mudah muncul apabila di'search' maka pasangan super duper senior ini mengambil keputusan untuk menghubungi kami. Semoga niat mereka termakbul dan mereka dapat bertemu semula dengan rakan2 lama .. mengembalikan semula ikatan persahabatan yang terlerai.

Untuk pengetahuan semua, ramai yang telah mendaftar di mpsripinang.ning
Ramai juga yang telah dapat bertemu dengan rakan lama di sana..

Terima Kasih Mohd Sukri b Othman kerana usaha beliau berjaya merapatkan bekas-bekas pelatih yang pernah menjejak kaki di MPSP.

http://mpsripinang.ning.com

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Datang.. member dari .5

Pernah dibuat sesi terjah suatu ketika dahulu namun tiada khabar berita yang kita dengar. Namun jodoh pertemuan kita tetap ada kerana empunya diri telah dijumpai. Selamat datang buat teman dari .5 Wahidah Ariani bt Mat Wahi. Semoga dengan pertemuan ini akan mengeratkan ukhwah dan persahabatan antara kita.