Saturday, January 31, 2009

TERJAH-part3 (Haslimah Paimin .2)

Ini gambar glamer kawan kita di SKBU.. ada kenal?? Orangnya maintain macam dulu jugak. Senyumanmu tetap menawan.. antara rakan yang telah dapat kita jumpai setakat ini.

Jauh ko merantau sampai ke KL agaknya bila le nak balik ke Muor? Member lama yang inginkan no. tipon sahabat kita ni silalah ke laman profil sulit.
Status : Telah ditemui .. data ada di pengkalan data.

Thursday, January 29, 2009

TERJAH-part2 (Akhmarul Nizam .8)

Susah nak jangka sapa yang dapat kita cari jika surfing secara rambang ni so berbekalkan majalah maktab kita yang dah usang ni maka dapatlah kami cari sorang lagi rakan yang isterinya kalau tak silap dari point 1. Malangnya no telefon beliau suami isteri tiada dalam pengkalan data kita. Diharap sesiapa yang ada dan masih berhubung dengan pasangan ini dapatlah tinggalkan komen atau jejak di ruangan sembang.Ada kenal yang mana satu .. minta respon dari rakan lain tentang pasangan Nizam dan Azizah.
Status : masih belum ditemui. Data tiada

TERJAH -part 1 (Ahmad Nazeri b Mat Ali - point 3)

Mat Yie - Kelantan
Disebabkan kebosanan melanda sempena cuti CNY yang panjang ni maka kami adakan segmen terjah .. ini adalah untuk kawan2 yang dapat dicari secara tidak sengaja di alam cyber ini. Dah susah sangat nak dapatkan cerita terbaru,
maka jom kita tengok sapa yang dah dapat kita terjah. Harapnya selepas ini akan ada cerita dari mereka.Ada perubahan tak? Sesapa yang minat nak get connected dengan member kita ni .. silalah ke laman beliau.
Status: Telah ditemui. Data telah ada.

Monday, January 12, 2009

Reunion 2009

Walau tahun lepas ada yang rancang untuk buat perjumpaan tp nampaknya tiada juga berhasil. so tahun ni kita minta cadangan dr mana-mana member untuk bagi idea dan buah fikiran. Boleh tulis dibahagian komen atau diruang sembang. Cadangan anda amat dihargai.. semoga tahun ini gathering kita jadi realiti. Tak kiralah dimana negeri sekalipun .. tp harap-harap menjadi dengan jayanya.

Friday, January 9, 2009

Bagaimana menjadi ahli di blog ini...

Salam untuk semua teman .. kami masih terus berusaha mencari mana-mana member yang ada akaun email untuk diajak menjadi penyumbang(penulis) blog ini. Jika lagi ramai maka dapatlah kita berkongsi cerita dan pengalaman selain dari merapatkan silaturahim sesama teman. Kami ni dah kering idea nak story so kalau ada lebih ramai yang menulis tentu lebih seronok. Tak kira apa beritanya kita boleh share bersama. Oleh itu jom kita lebarkan sayap agar yang jauh dapat didekatkan.

Yang pentingnya :
1) Perlu ada akaun email. Jika tiada tak pe .. bagitau kami, kami akan daftarkan.
2) hantarkan alamat email anda dan nama tuan punya email ke adiana.salleh@gmail.com
3) tunggu pelawaan dari kami (satu email akan dihantar)
4) sahkan penerimaan pelawaan untuk menjadi penyumbang.

Senang dan mudah ... jom ramaikan komuniti ahli kita. Setelah diterima sebagai sebahagian dr ahli di blog ini, anda layak untuk menghantar berita dan membuka laman blog sulit kita. Dilaman blog sulit ada dinyatakan no. telefon dan alamat mana-mana member yang kita dah jumpai.

Saturday, January 3, 2009

Bertukar ke skim Pencen ..

Salam pembuka di awal tahun 2009 ni, bermula Januari ini rakan-rakan kita yang telah memilih skim KWSP sewaktu di awal lantikan dulu berpeluang untuk menukar semula ke skim pencen. ramai yang jelous kerana dikatakan memberi untung kepada mereka yang telah memilih KWSP. Hakikatnya, tiada siapa yang menyangka akan berlaku perubahan ini malahan dari 66,000 kakitangan awam yang memilih KWSP ini agaknya berapa ramai diantara kita yang terlibat. Untuk rakan yang mempunyai peluang untuk bertukar .. buatlah pertimbangan yang sewajarnya. Pilihan ini hanya datang sekali seumur hidup, tiada dua dan tiada tiga. Selamat memilih ....

Link berkaitan:
* Surat Pekeliling JPA

* Jadual Roadshow JPA (sesi penerangan)

2009 .. Tahun Baru

Setahun lagi bakal kita lalui .. banyak yang dirancang, banyak juga perkara yang akan kita tempuhi. Jika tahun 2008 dulu .. ada plan untuk buat gathering namun tak kesampaian so harapnya tahun ini kita akan dapat bertemu kembali dan merapatkan hubungan ukhwah yang sedia ada. Saya cukup tertarik dengan salah satu blog oleh bekas pelajar kolej Islam Kelang 77 .. http://form5kik77.blogspot.com ,mungkin boleh kita jadikan contoh untuk memantapkan blog kita ini. Malahan jika ada yang sanggup untuk membina laman lain menggantikan blog ini .. juga dialu-alukan. Kita perlukan cerita yang berbeza dr rakan yg ada diserata malaysia ini. Jika ada kesempatan dan kelapangan masa bolehlah menyumbang cerita untuk kita kongsi bersama. Salam dari kami di Melaka ...