Sunday, December 19, 2010

Berita Sedih ... Al Fatihah

Salam buat semua teman MPSP,


Setelah perjumpaan semula di Pantai Merdeka, Sungai Petani. Kami mendapat berita sedih dari member kita di Kelantan. Perkhabaran tentang perginya seorang lagi teman setelah diserang strok.Arwah telah koma selama 3 hari di HUSM Kubang Kerian, Kelantan. Arwah Fauzan Abd karim dari kelas point 6. Al Fatihah buat arwah Fauzan ..
Gambar kenangan Point 6
Duduk dari kiri: Arwah Fauzan, Rosli, Wan Mazlan, Zabidi, Abdullah, Norishamsul dan Safruddin.


Wednesday, December 8, 2010

Jadual Aktiviti Gathering 2010

10 DISEMBER 2010 (JUMAAT)

2.00 hingga 5.00 petang:

Check-in dan aktiviti bebas

5.00 hingga 6.30 petang:

Sesi suaikenal

8.00 hingga 10.00 malam:

BBQ dan permainan

10.00 hingga 11.00 malam:

Futsal

11.00 - 1.00 pagi:

Aktiviti memancing


11 DESEMBER 2010

7.00 hingga 8.30 pagi:

senamrobik

8.30 pagi hingga 9.00 pagi:

sarapan pagi

9.00 hingga 11.00 pagi:

permainan dan sukaneka

11.00 hingga 12.00 tengah hari:

bertukar-tukar hadiah dan majlis penutup

12.00 tengah hari:

check-out


# Perkara dan keperluan yang perlu dibawa:

1. hadiah (untuk sesi tukar-tukar hadiah- anggaran RM 30.00 sekeluarga)

2. pakaian sukan

3. alatan memancing


Monday, December 6, 2010

Tidak dapat joint

Assalamualaikum...
Apa habaq semua...

Maaf sahabat tak dapat joint kali ini coz perlu hadiri Program Karnival Iktiraf
Anjuran Seranta Jabatan Perdana Menteri dan Felda pada 10-12 Disember 2010
di UPM dan PICC, Putrajaya.
Tahun akhir dalam belia coz pegang jawatan sebagai S/U MBFM Gedangsa dan S/U MBFM Selangor.
Kebetullan semasa beraya di rumah Ibrahim & Fadzilah, memang dah pergi Pantai Merdeka tu. Kirim salam semua pada rakan-rakan.

Daripada
ahhakcorp@yahoo.com
Abd Halim Bin Abd karim

Tuesday, November 2, 2010

Gathering 2010 .. 92/94

Salam semua,
Sila ambil perhatian untuk semua sahabat, ini maklumat terbaru
tentang gathering kita.

Bolehlah mula mengambil tindakan yang sepatutnya.


Tarikh : 10-11 Disember
Tempat : Pantai Merdeka Resort, Sungai Petani.

Penginapan : *chalet, homestay atau hostel
(Jika perlukan penginapan telefon member kita di bawah sebelum 8 Nov 2010)

~ Pengesahan untuk hadir juga diperlukan bagi yang tidak mahu penginapan boleh dibuat melalui blog ini atau FB..



* Sila berhubung dgn
saudara Mazlan - 0195349301
Mat Razak - 0194115400


** Deposit RM200 diperlukan untuk tempahan penginapan dan makan-makan
jika lebih akan dipulangkan, jika tak cukup faham-faham je lah ...
Sila bank in ke akaun Bendahari kehormat kita ..
CIMB 0201-0000767-20-3 MAT RAZAK ABDULLAH
Jika dah bank in duit deposit, sila sms butiran bank in kepada
En. Bendahari agar dia tidak tertanya-tanya duit siapakah itu ....
Semua urusan ini diharap dapat diselesaikan sebelum 9 November
agar tiada masalah penginapan..




Wednesday, October 20, 2010

Apa cerita ..

Tak ada perkembangan terbaru sebenarnya yang hendak diceritakan.
Makluman dari salah seorang penganjur bagi 'Projek Dis' kita, Tarikh dan Tempat perjumpaan sedang diusahakan.

Untuk kawan-kawan yang sedang merancang cuti, harap dapat bersabar kerana tiada maklumat sahih yang dapat kami paparkan.

Buat member yang bakal bercuti atau berombong ke Melaka ... Selamat Datang dan jangan lupa contact kami. Andai kami masih di Melaka, pasti ada jodoh kita bertemu.

Tuesday, July 6, 2010

Selamat Datang.. member dari .6

Member terbaru kita ni dari point 6. Masih macam dulu gak. Maintain kata orang.. kita tunggu respond dari tuan punya badan.

Maklumat di blog sulit juga dah diupdate. Jika utk mengetahui lebih lanjut tentang rakan kita ni..

Ini link ke FB beliau .. sila klik di sini.

Sunday, May 16, 2010

Saat sukar seorang sahabat..


Sahabat kita ini sedang berjuang melawan penyakit kanser yang dihadapinya. Penyakit ini kini telah berada di tahap 4 dan rawatan kimo beliau masih diteruskan.

Betapa sukar dan beratnya dugaan ini buat Kak Melati sekeluarga. Tiada apa yang mampu kita lakukan selain dari mendoakan beliau cepat sembuh dan menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga.

Kak M masih bersemangat untuk melawan penyakit ini demi anak-anak dan suami. Sebagai rakan yang mengenali beliau, marilah kita berganding bahu menghulur sedikit dari limpahan rezeki yang ada untuk membantu beliau membiayai kos perubatannya.

Sesungguhnya beliau tidak pernah berkata apa-apa tentang hal ini, jauh sekali beliau memohon apa-apa dari kita namun atas keprihatinan saudara Harif dan isteri (Ros) niat baik ini dapat dilaksanakan.Kita masih boleh membantu selagi kita berdaya kerana teman dan sahabat bukan hanya diwaktu kita senang dan bahagia. Sahabat dan teman sejati akan turut merasai kesusahan dan derita orang lain.

Jika suatu waktu dahulu, beliau adalah rakan kita bergurau senda kini saat itu mungkin sukar untuk kita ulangi,
Jika suatu waktu dahulu, keceriaan dan gelak tawa mengelilingi kita dan dia.. kini segalanya telah jauh berubah.
Jika dulu wajah-wajah ceria memenuhi ruang pandangan kita, kini wajah duka yang sarat menanggung derita berada disana...

Buat rakan-rakan, bantuan anda walau sekecil mana sekalipun . didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga segala kebaikkan ini akan dibalas dengan kebaikkan jua..

Bantuan dan sumbangan rakan-rakan semua boleh disalurkan ke..
akaun Bank Islam, No. akaun 09010020217878 atas nama M Melati.

Terima Kasih semua...

Selamat Hari Guru..

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru.
Saban tahun itulah ucapan yang kita terima, tanda menghargai usaha dan tugas kita mendidik.
Moga kita akan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan fizikal serta mental untuk meneruskan misi mendidik ini.
Tanpa dirai pun kita tetap akan mendidik,
tanpa ribuan ucap selamat pun kita akan terus melangkah gagah.
Tanpa huluran hadiah pun kita tetap melaksanakan tuntutan tugas kita ini.
Ini bukan misi untuk sehari tetapi ia misi kita selagi kita berada di dalam profesion ini.
Buat rakan-rakan guru, Selamat Hari Guru ..

Sunday, May 2, 2010

Perjumpaan Nov/Dis 2010 ~Part 1 ..di mana?

Geng utara telah bersetuju untuk menganjurkan perjumpaan semula pada cuti akhir tahun nanti.
lokasi cadangan yang telah diberi adalah seperti berikut :

Lokasi 1: Tasik Merah
~ Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Lokasi 2: Teluk Senangin @ Senangin Bay (Lumut, Perak)
~ Lokasi di tepi pantai dan jika ingin maklumat sila klik di sini.

Sila ...
~Pilih lokasi yang anda pilih dan tinggalkan jejak (nama ) diruangan komen.
Terima Kasih atas usaha anda membantu menjayakan perjumpaan ini.

Pemilihan lokasi adalah berdasarkan undian yang akan dijalankan di blog ini. Setelah selesai pemilihan lokasi, AJK akan ditubuhkan.

Setelah gagal pada tahun lepas, kami berharap perjumpaan kali ini akan menjadi kenyataan.

Permintaan kepada penganjur :
1. Buat sebelum bermula proses 'marking' utk paper SPM.
2. Ambil kira tarikh kuliah USM kerana ada member @ isteri / suami sedang belajar.

Wednesday, April 21, 2010

Doa dari kami .. buat sahabat ini.

Kami dikhabarkan yang rakan dari kelas point 7 ini sedang berjuang melawan penyakit kanser, saat dikesan ..
penyakit ini telah berada di tahap bahaya. M Melati aka Kak Melati masih sedang menerima rawatan.
Setelah menjalani pembedahan membuang sel-sel kanser kini beliau berdepan dengan rawatan kimoterapi di Hos Sultanah Bahiyah.Bukan sedikit dugaan dan ujian yang diterima,
moga beliau tabah menghadapi hari-hari sukarnya.Doa dan sokongan dari keluarga dan
rakan-rakan pasti sedikit sebanyak dapat membantu kak M menghadapi penyakit ini.

Buat rakan-rakan semua,
doakan moga Kak M cepat sembuh
dan dapat kembali ceria di sisi suami dan anak-anak tersayang,
biarlah kak M bebas dari penyakit ini dan
dapat kembali sihat seperti dia yang kita kenali dahulu.
Amin..Asrita, Hafizah, Melati, Hazirah dan Suriati

Melati, Azman, Suriati dan Jamnah
Compliment untuk suriati
gambar kenangan dari FB beliau.

Monday, April 19, 2010

yahoo @ gmail .. kisah blog sulit

Kami telah mengesan tentang masalah untuk akses ke blog sulit jika menggunakan email yahoo. Jika ada rakan-rakan yang masih tidak dapat masuk ke blog sulit kerana masalah sang Yahoo ini, sila maklumkan kepada kami.
Rakan-rakan akan diberi username dan password baru. Semoga usaha ini akan membantu dan memudahkan urusan kita.

Monday, April 5, 2010

Members yang telah mendaftar...


Ini adalah antara rakan yang telah mendaftar dengan blog sulit. Jika ada yang masih belum didaftar sila emailkan butiran anda, kami sememangnya sudah mula fenin-fenin sehingga ada yang terlupa untuk dijemput..

*maaf kepada dua member kita yang dah lama email info tp tak diupdate segera
(Suriati dan Norliza) ~sekarang dah beres, email jemputan pun dah dihantar..
*Untuk Nani ~ email jemputan dah dihantar .. guna naniismail439@yahoo.com

Welcome ..

Lama sungguh tak update blog ni, walau apa pun.. ini adalah antara rakan baru kita yang aktif di FB dan sukacita dimaklumkan yang kami cuba sedaya upaya untuk update maklumat rakan di blog sulit itu pun jika ada yang email maklumat mereka. Jika ada rakan baru yang tiada maklumat di blog sulit, sila berhubung terus dengan FB mereka..


Norsuriati bt Md Shariff
Ini member dari point 7 yang ada di FB.. makin cun member yang sorang ini.
Status di blog sulit : Telah diupdate
Jemputan ke blog sulit sudah dihantar.



Khairul Azli
Member dari point 2.. comey baby dia...
lama sungguh tak dengar khabar berita dari member yang sorang ni.
Status di blog sulit: tiada

Monday, March 1, 2010

Member baru lagi ..

NORLIZA BT ABDULLAH (.2)
Status di blog sulit: lengkap
email jemputan telah dihantar.

Sila klik pada nama untuk mendapatkan link ..

Member baru di FB



Saturday, February 27, 2010

Lagi member baru ..

SELAMAT DATANG

Zainab bt Tukinon ( .1)

Bekas Exco Majlis Guru Pelatih kita yang kini bertugas di Kuala Lumpur.
Boleh dikatakan semua orang mengenali beliau ketika di maktab kerana beliau memang cukup popular.

Norliza Bt Nazari (.7)

Cukup sukar menjejak member yang sorang ini tapi akhirnya bertemu juga dengan beliau di FB.
Kini masih bertugas di Alor Setar.

Ada tiga jemputan yang dihantar ke ex MPSP 9294. Hanya 2 yang berjawab dan ini adalah antara member yang ditemui di laman Facebook.
Sila klik pada nama mereka untuk ke pautan FB.

Monday, February 22, 2010

Yang Terbaru ..


ROSLINDA BT NORDIN (Point 6)
Kini berada di Dungun, Terengganu .. antara member kita yang memang dah lost contact dengan rakan-rakan lama. Maklumat beliau telah diupdate di blog sulit.


MAZLAN ABDUL RANI (Point 5)
Orang kuat Sukan di maktab kita dulu dan masih lagi menjadi orang kuat sukan kini. Entri khas tentang kunjungan kami ke banglo beliau sekitar akhir tahun lepas telah dibuat sebelum ini.
Sila baca tentang kunjungan kami ke rumah beliau dan Azizah.
Sila klik disini untuk membaca entri tersebut.

Ini adalah antara member terbaru yang menyertai rangkaian Facebook. Sila klik pada nama mereka untuk mendapatkan link.

Friday, February 19, 2010

Wednesday, February 17, 2010

SERATUS LIMA PULUH

Ini adalah merupakan artikel yang ke 150 ditulis sejak bermulanya blog ini. Seiring dengan itu, telah ramai yang telah berjaya kita temui. Mana yang tidak pernah didengar khabar berita telah kembali muncul.
Seolah masa 16 tahun itu baru semalam kita lalui.
Kami masih menanti rakan-rakan untuk turut menghantar berita dan cerita.
Kami masih berharap agar blog ini dapat sama-sama kita kongsikan tidak kira dalam bentuk artikel mahupun gambar.
Jika ada yang datang dan terus berlalu, kini mulalah tinggalkan jejak agar kita dapat berhubung kembali.
Jika terasa keberatan untuk menjadi penulis dan menulis sendiri, hantarkan cerita atau gambar itu kepada kami melalui email. Selebihnya biar kami usahakan.
Semoga usaha ini tidak berakhir di sini.


Perkembangan terkini :

~hanya 31 orang yang telah berdaftar dan boleh melayari blog sulit

~ 3 masih belum menerima pelawaan untuk ke blog sulit.

~Kelas paling ramai data keahlian : point 4

~Kelas paling sedikit data keahlian : point 5

~ data mengikut kelas yang ada di blog sulit
.1(7), .2(10), .3(7), .4(18), .5(5), .6(7), .7(13) dan .8(6)

~ 31 orang mempunyai Facebook

~ 6 mempunyai blog sendiri

~ 12 orang telah menyertai Batch 92-94 di http://mpsripinang.ning.com

~ 14 orang telah menyertai ning.


Friday, February 12, 2010

http://mpsripinang.ning.com

Malam ini kami dihubungi oleh pasangan MPSP dari batch 86/88. Mereka juga sedang mencari rakan2 lama dari MPSP. Mungkin kerana blog ini mudah muncul apabila di'search' maka pasangan super duper senior ini mengambil keputusan untuk menghubungi kami. Semoga niat mereka termakbul dan mereka dapat bertemu semula dengan rakan2 lama .. mengembalikan semula ikatan persahabatan yang terlerai.

Untuk pengetahuan semua, ramai yang telah mendaftar di mpsripinang.ning
Ramai juga yang telah dapat bertemu dengan rakan lama di sana..

Terima Kasih Mohd Sukri b Othman kerana usaha beliau berjaya merapatkan bekas-bekas pelatih yang pernah menjejak kaki di MPSP.

http://mpsripinang.ning.com

Wednesday, February 10, 2010

Selamat Datang.. member dari .5

Pernah dibuat sesi terjah suatu ketika dahulu namun tiada khabar berita yang kita dengar. Namun jodoh pertemuan kita tetap ada kerana empunya diri telah dijumpai. Selamat datang buat teman dari .5 Wahidah Ariani bt Mat Wahi. Semoga dengan pertemuan ini akan mengeratkan ukhwah dan persahabatan antara kita.


Thursday, January 28, 2010

Belum mengesahkan jemputan ke blog sulit..

Ini adalah sebahagian dari email rakan yang masih belum mengesahkan penerimaan untuk laluan ke blog sulit. Selagi belum membuat pengesahan .. anda yang telah dijemput tidak akan dapat melayari blog sulit.

Wednesday, January 27, 2010

Ada sesiapa di Pahang?

Ada ke member kita di Pahang? Mengikut jejak yang ditinggal oleh pengunjung .. kita ada dua tetamu yang agak kerap menjenguk ke blog dari Johor dan Pahang. Malangnya kita tiada berita tentang mana-mana rakan yang sedang berada di sana. Jika ada kengkawan yang ada berita tentang mana2 member yang telah dijumpai atau telah dihubungi tetapi masih tiada di blog ini mahupun di blog sulit.. calling-calling kami untuk diupdate infonya..

Member lama tapi baru jumpa ..

Ini adalah sebahagian member kita yang sudah berada di FB. Selamat bertemu dan info diri sedangggg dikemaskini. Sekarang ini masa sibuk kita telah bermula oleh itu jika ada yang belum terupdate.. harap dapat dimaafkan.

Shamshul Hashim .7 (ex Jelutong) ... perghh!! dah bertahun cari baru jumpa. TQ Nasrol kerana telah berjaya menjejak member kita ini.

Halilah Abdullah .. .8 dan kini berada di Besut, Terengganu. Semakin ramai member dari .8 yang telah dapat dijejak..


Nor Fazura .. tetap maintain macam 15 tahun dulu. Telah tidak menjadi guru lagi tapi tetap ex-MPSP 9294.. seorang lagi mmber dari .8

Wednesday, January 20, 2010