Sunday, May 16, 2010

Saat sukar seorang sahabat..


Sahabat kita ini sedang berjuang melawan penyakit kanser yang dihadapinya. Penyakit ini kini telah berada di tahap 4 dan rawatan kimo beliau masih diteruskan.

Betapa sukar dan beratnya dugaan ini buat Kak Melati sekeluarga. Tiada apa yang mampu kita lakukan selain dari mendoakan beliau cepat sembuh dan menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga.

Kak M masih bersemangat untuk melawan penyakit ini demi anak-anak dan suami. Sebagai rakan yang mengenali beliau, marilah kita berganding bahu menghulur sedikit dari limpahan rezeki yang ada untuk membantu beliau membiayai kos perubatannya.

Sesungguhnya beliau tidak pernah berkata apa-apa tentang hal ini, jauh sekali beliau memohon apa-apa dari kita namun atas keprihatinan saudara Harif dan isteri (Ros) niat baik ini dapat dilaksanakan.Kita masih boleh membantu selagi kita berdaya kerana teman dan sahabat bukan hanya diwaktu kita senang dan bahagia. Sahabat dan teman sejati akan turut merasai kesusahan dan derita orang lain.

Jika suatu waktu dahulu, beliau adalah rakan kita bergurau senda kini saat itu mungkin sukar untuk kita ulangi,
Jika suatu waktu dahulu, keceriaan dan gelak tawa mengelilingi kita dan dia.. kini segalanya telah jauh berubah.
Jika dulu wajah-wajah ceria memenuhi ruang pandangan kita, kini wajah duka yang sarat menanggung derita berada disana...

Buat rakan-rakan, bantuan anda walau sekecil mana sekalipun . didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga segala kebaikkan ini akan dibalas dengan kebaikkan jua..

Bantuan dan sumbangan rakan-rakan semua boleh disalurkan ke..
akaun Bank Islam, No. akaun 09010020217878 atas nama M Melati.

Terima Kasih semua...

2 comments:

Anonymous said...

buat melati sekeluarga semoga tabah dengan dugaan ini..insya'allah

Anonymous said...

insyaAllah kami akan membantu..walau jumlahnya tak banyak tapi jika diizinkan akan berterusan.