Friday, December 26, 2008

Moga cepat sembuh ..Kak Milah & Abg Mie


Berita yang diterima pada pertengahan Disember lepas dr saudara Ibrahim kita yang kak Milah (.4) telah menjalani pembedahan tiroid dan dengarnya juga hubby kak Milah (Abg Mie) juga tidak berapa sihat. Kami doakan keduanya akan cepat sembuh dan sihat selalu.

Program anak angkat - Teluk Bahang

Untuk rakan-rakan yang terlibat dengan program anak angkat ni mesti masih teringat dengan perkampungan nelayan Teluk Bahang. Kami berdua adalah pengunjung tetap ke Teluk Bahang setiap tahun kerana hubungan dengan keluarga angkat masih erat terjalin. Teringat pada rakan kita yang tinggal disana merangkap orang kuat sewaktu program ini dijalankan ...Suhaini Ishak. Malangnya walau dah berpuluh kali ke sana tak pernah sekalipun terserempak malah rumah keluarga beliau pun kami dah tak ingat. Apa pun layanan mesra yang diterima belasan tahun dulu membuat hati kami terus terpaut disana.














Pemandangan jeti pendaratan ikan Teluk Bahang.
















Pemandangan di hadapan chalet Teluk Bahang.

Pasangan Ibrahim dan Fadzillah


Tahniah kepada rakan kita ni yang dengar khabar dah berpindah ke rumah baru. Amboi teringin benar kami nak pi melawat tp apakan daya tak de kesempatan. Tapi kalau tuan rumah nak buat jamuan lagi .. jemput-jemputlah geng kita sekali .. mesti meriah.

Apa ceritanya blog kita ni ...

Salam untuk semua rakan... apa dah jadi dengan blog ni yang makin hari makin sepi. Pengunjung tetap ada tapi penyumbang berita yang tak muncul-muncul. Sempena menyambut tahun baru ni eloklah kita meriahkan semula blog ini. Jika ada masalah untuk log in .. tak kiralah lupa password ke atau memang tak de password sms kami dan kami akan berikan katalaluannnya.

Sunday, October 12, 2008

Salam Raya Buat Zul...

Tak sangka pada lima hari raya aku dapat panggilan telefon daripada member yang telah lama terputus hubungan. Terkejut juga aku kerana dia hanya perkenalkan dirinya Zul. Lama aku fikirkan Zul yang mana satu. Apabila dia menyatakan semasa di maktab tinggal di Nusantara, barulah aku perasan rupa-rupanya Zulkefli Hamid. Apa lagi banyak cerital a. Dia kini mengajar di Kelantan iaitu Gua Musang agak pedalaman sedikit. Bagi aku itu kira okey juga kerana dapat balik negeri. Apa-apa pun aku harap dia bahagia di samping pasangan dan empat orang anaknya. Selamat Hari Raya untuk member yang dah lama tak dengar khabar.

Kes Lama Tapi Baru ...... Naya Sungguh.

Sehari sebelum raya, aku hantar sms kepada member kita roden. Sebaik sahaja dia menerima sms aku, dia terus telefon aku. Kesian dia kerana masa tu dia masih kerja. Dia mengadu pada aku bahawa sewaktu dia telefon aku, dia berada di kedai telekom di tempatnya. Katanya dia dapat bil telefon tertunggak sebanyak lebih kurang RM 300 lebih. Bil itu ialah bil sewaktu kami di Rumah Nusantara (Maktab). Setahu aku semua bil telah dijelaskan ketika kami semua keluar. Apabila dia semak dekat telekom, barulah tahu bahawa bil tertunggak itu ialah bil tahun 1997. Setahu aku kita keluar pertengahan tahun 1994. Rupa-rupanya ketika kami keluar, nama orang yang mendaftar masuk telefon tidak dipotong. Ini kerana memberi ruang kepada junior menyambung sahaja talian tersebut. Tetapi apabila maktab ditutup mereka cabut macam tu sahaja. Yang menjadi mangsa member kita Roden. Apalah punya junior, tak bertanggungjawab langsung.

Oleh itu, ada kalanya niat kita memang untuk menolong member tapi akhirnya menyusahkan kita balik.

Friday, August 22, 2008

Bermulanya cabaran getir ...

Salam untuk semua, cuti sekolah ini bakal berakhir ... buat rakan yang anak-anaknya bakal menghadapi peperiksaan terutamanya UPSR, semoga berjaya dengan cemerlang. Bila kita berada di dalam profesion ini, semua mata akan memandang .. maklumlah anak cikgu. Walau apa pun tanggapan orang diluar sana, anak-anak kita masih kecil dan yang mampu kita lakukan sebagai guru mahupun ibu bapa ialah memberi dorongan dan membuka peluang kepada mereka meneroka kehidupan yang disulami kejayaan.
Selamat Berjaya untuk semua calon.

Sunday, July 13, 2008

Arrgh...Sabtu itu datang lagi -part 1


Sejak bermulanya sesi persekolahan 2008 maka bermulalah kursus latihan dihari Sabtu cuti kita (walau dihad pada hari Sabtu ke-2 dan ke-4 shj). Entri ini hanya sebahagian kecil ragam dari banyak ragam-ragam lain yang ditempuhi oleh ratusan ribu guru di Malaysia.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) .. bunyinya menyeronokkan namun tak lah seseronok mana bila separuh Sabtu kita diambil, lebih kasihan bagi rakan yang terpaksa menunggu hingga 4 ptg. Apakan daya dalam keterpaksaan kita melangkah walau kadang kala slot pengisiannya bagai tidak begitu berbaloi. Ada slot yang seakan tangkap muat dengan alasan penceramah yang dijemput ada urusan luar, maka akan adalah pengganti disaat akhir.
Sabtu lalu ... kami menempuh perjalanan sejauh lebih 28KM untuk sampai ke tempat yang telah ditempah. Sebuah institut latihan milik kerajaan yang agak terpencil. Pelbagai rungutan didengar maklumlah harga minyak dah melambung, kena pula travel jauh untuk LDP. Agaknya jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada saya dan rakan-rakan disepanjang perjalanan ini ... kepada siapa kita boleh mengadu?? Selain saya ibaratkan buang masa di dalam perjalanan yang jauh, ia turut meletihkan minda dan fizikal. Aduh ... semakin tua rasanya bila mengeluh tentang keletihan ini. Disebabkan berada ditempat orang, maka makanan juga dikaterer dan ketika menjamu selera nasi tomato dan ayam sambal, buah tembikai dan oren sebagai pencuci mulut serta air suam berperisa anggur .. ramai lagi yang berbunyi kerana lauknya tak cukup korum. Ini mesti kes dah tolak belanja minyak katerer sbb tu dah cut budget.. jd makanlah seadanya. Seharusnya apabila kita merancang untuk sesuatu aktiviti bukan sahaja kelancaran majlis menjadi ukuran kejayaan tetapi kepuasan dan keseronokkan perlu diambil kira.

Saturday, July 12, 2008

CIKGU OH CIKGU ....

CIRI-CIRI GURU MURSYID

lubna menulis "Ciri-ciri guru mursyid itu yang diberikan oleh guruku...adalah..

1. Ilmu Islamnya global, luas dan bukan takat ilmu lahir tetapi ilmu rohaniah. Ilmunya mencakupi pelbagai bidang seperti tauhid, ibadah, tasauf, kepimpinan, perjuangan, keluarga dan juga kemasyarakatan.

2. Ilmunya itu bukan dirujuk pada kitab tetapi dia mendapat ilham daripada Tuhan. Ini bersesuaian dengan firman Tuhan yang maksudnya bilamana seseorang itu bertaqwa, maka Allah akan anugerahkan ilmu padanya. Juga dalam firman Tuhan lain yang bermaksud orang yang dianugerahkan Tuhan hikmah itu mendapat kebaikan yang banyak.

3. Ilmunya bukan sekadar ilmu tetapi ia hidup dan mendarah daging pada dirinya. Bermaksud dia boleh mengamalkan ilmu tersebut. Ilmu dan amal itu selari. Amalannya tepat sepertimana ilmunya. Dia bukan sahaja bercakap tetapi berbuat sesuai dengan cakapnya.

4. Peribadinya mendekati peribadi Rasulullah s.a.w. Dia adalah bayangan Rasulullah bila disuluh dari sudut tauhid, ibadah, akhlak dan perjuangannya. Bahkan dialah orang yang paling kenal Rasulullah s.a.w, boleh menceritakan bahkan menjiwai watak Rasulullah.

5. Dia mempunyai kekuatan roh dan akal untuk mendidik muridnya dan ini diterjemahkan oleh peribadi muridnya sendiri. Dalam ertikata lain, berjaya muridnya untuk mujahadah dan mengusahakan taqwa itu adalah hasil didikannya.

6. Dia sangat kenal dan faham tentang muridnya. Bahkan dia sangat bertanggungjawab terhadap muridnya terutama dalam soal urusan muridnya dengan Tuhan.


Dipetik daripada blog perkembangan staff MOZAC

Friday, June 20, 2008

Bila kita kreatif .. life is fun.

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah ...

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS tambah "s" je, kan?

#######################################
** This is a joke... to all husbands out there, no offence.

Thursday, June 12, 2008

Looking for donors

Good day people,

I'm currently teaching in SK Permai Indah, 14000 Bukit Mertajam. Our Computer Lab is in bad condition. Out of 20 computers only 2 computers can be used. Our school is seriously in need of donation as we have no support from any other resource. With the implementation of ICT subject we teachers are unable to carry out ICT lesson without computers.

I am writing to invite your business to donate computers so that our pupils will be able to learn ICT lesson effectively . We are in need of 20 computers.

Your donation will be acknowledged.

You can take pride in being a good corporate citizen.

Please know that all contributions you make will positively impact our school and the young learns. Upon receiving your respond I will follow up with you within the next two weeks to discuss your possible donation.


Thank you for your thoughtful consideration of our request.

Sincerely,

Pn Norini Hj Jaafar
Headmistress Of SK Permai Indah
School Tel: 04 5023357

Kogi.M
ICTL Teacher of SK Permai Indah,

Friday, June 6, 2008

Terkini tentang MP Seri Pinang

Kesempatan pulang ke Penang pada cuti kali ini kami turut berpeluang kembali ke MP Seri Pinang. Memandangkan pondok pak guard kosong maka kami hanya berlegar dibahagian depan bangunan sahaja. Yang ada cuma bangunan lama dan usang, selebihnya adalah pokok yang tumbuh meliar.

Sunday, May 25, 2008

Wajah kita di tahun 1993

Memandangkan ada kelapangan sebelum kami balik ke Penang. Maka kami update dengan gambar-gambar lama kita kalau tak silap masa tu zaman semester 3.

Kelas .1

Kelas .2

Kelas .3

Kelas.4

Kelas .5

Kelas .6

Kelas .7
** Entah mana silapnya, rupa-rupanya gambar untuk kelas .8 tiada dalam Majalah Berjaya. So maaf banyak-banyak tak dapatlah kami nak upload gambarnya.

Memori Mengusik Di Jiwa

Kekawan yang pernah tinggal di Sungai Pinang masih ingat tak lagi gambar ini. Kalau tak silap aku gambar ini diambil malam sebelum malam penutup minggu pengurusan. Pada masa itu semua pelatih baru dikehendaki tidur di maktab kerana diadakan majlis Qiamullai. Malam itu majlis habis dekat pukul satu pagi. Baru nak terlelap, beberapa orang senior telah mengejutkan kita penghuni di Sungai Pinang. Mereka tak puas hati dengan komplain kita tentang tempat tinggal di situ. Memangpun kita tak puas hati kerana kawasan tersebut ialah kawasan hitam(tempat dadah).
Apa lagi, dalam keadaan mamai kita kena beratur di tepi pagar. Yang tidak berbaju tu ialah Ajax, Zamri, Roden dan aku. Yang tukang ragging kita pula tu ialah Si Izham. Ajax bengang habis masa tu, dia nekad nak cari siapa senior yang meragging kita. Akhirnya, sampai semester akhir baru kita dapat kesan senior tu siapa. Rupa-rupanya Zainal punya angkara. Dalam baik-baik dia pekena kita. Aku selalu juga jumpa Zainal sekarang ni. Bila aku cerita benda ini, dia pakat sengeh aje dan katanya saje-saje aje.

Welcome to all new friends ..

TQ pada saudara Rahman kerana dapat menghubungkan kembali beberapa rakan kita dari .7 tak sangka dengan hanya satu nombor telefon.. membawa kepada 3 rakan yang lain. A warm welcome to Kogilavani, Maha, Lim Bee Cheng and Philomin ..
Untuk member lain, jika cuti-cuti ni ada berjumpa dengan member lain .. jgn lupa hantar berita / gambar untuk tatapan semua rakan.
Selamat Bercuti ..

Sunday, May 18, 2008

Buka kisah lama ..

Bila melihat kembali pada gambar lama yang dihantar, pasti pelbagai kisah pahit manis yang kita ingat. Ada kejutan yang menunggu malah pasti ada yang masih terkekeh ketawa mengingat kembali saat itu. Kita belajar untuk memahami orang lain, belajar menjadi dewasa, memulakan hidup dengan tugas ini dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan.
Jom kita catat kembali pengalaman pahit.. manis mahupun yang kelat-kelat masam ini agar ia menjadi kenangan untuk kita semua. Cerita ini adalah cerita kita, lingkaran kehidupan bergelar pelatih MPSP dan pastinya walau sepahit mana pengalaman itu, saat kita mengenangnya kembali .. yang pahit itu telah lama bertukar menjadi manis. Pengalaman itu mendewasakan kita, pengalaman itu juga membuat kita menghargai rakan sekeliling malah ramai yang berjumpa dan bertemu dengan 'soulmate' masing-masing disana. Mari kita penuhi ruangan komen ini dengan cerita kita .. pure and genuine from MP Sri Pinang. Wassalam.....

Friday, May 16, 2008


SELAMAT HARI GURU SEMUA...

AKU DOAKAN KALIAN SEMUA SIHAT-SIHAT SELALU DAN DILINDUNGI ALLAH S.W.T HENDAKNYA... TERUSKAN USAHA ANDA SEMOGA JASA DAN TUNJUK AJAR ANDA SEMUA AKAN BEROLEH GANJARAN DI AKHIRAT KELAK... AMIN

*Terima kasih kat Ahaks sebab ucap selamat hari guru kat aku, terharu la..
Budin, Sekolah HTAR, Klang

Thursday, May 15, 2008

Monday, May 12, 2008

Selamat Datang ke Melaka ..


Salam untuk semua,
Perkhabaran yang diterima dari saudara Shahrin kita yang beliau dan rombongan sekolahnya akan datang ke Melaka pada cuti sekolah yang akan datang. Dengar khabarnya juga dengan membawa rombongan pasukan bola sepak beliau, dahsyat tu. Apa-apa pun selamat datang ke Melaka dan jangan risau sebab kalau ikut alamat awal tempat penginapannya ... beliau dan rombongan akan menginap di lokasi yang betul-betul ditengah bandar Melaka. Maklumat mengenai sponsor yang beliau minta kami akan cuba masukkan kemudian maklum le kami ni tak berapa kenal dengan mana-mana YB.
Aktiviti lain kami akan bagitau kemudian cuma harapnya aturcara lawatan beliau tidak terlalu padat ... kalau tak, camana kita nak jumpa .. Buat member yang lain jom le berjalan ke Melaka .. Bye.

Saturday, May 10, 2008

KITA dibela??

Salam kengkawan...Dewa nak mewujudkan konflik disini,nak provok. Dewa nak lihat respond kengkawan. Adakah setelah berbelas tahun menjadi guru korang semua masih macam dimaktab atau dah berubah. Skop kita hanya di KPM sahaja,sebab sepanjang pemerhatian Dewa kementerian lain OK sikit. Apa pandangan korang bila Dewa kata kita di KPM tak tahu buat kerja. bermula dari atas sampailah kepaling bawah. korang setuju tak? kalau setuju kenapa dan kalau tak setuju kenapa?jawapan korang haruslah mencerminkan kedewasaan korang. kalau korang jawab macam budak maktab...Dewa pun tak tahu nak cakap apa...Dewa tunggu respond.!! ada berani ka

Friday, May 9, 2008

Untuk semua rakan guru ...


Seperti biasa kita akan menyambut Hari Guru 2008 pada minggu hadapan. Sengaja kami berikan ucapan ini seminggu lebih awal kerana menghargai tugas guru yang berterusan sepanjang tahun hatta ketika cuti persekolahan sekalipun. Buat teman sebatch ini merupakan tahun ke-14 kita merayakan sambutan ini sebagai sebahagian dari ratusan ribu pendidik yang ada. Bagi kita pendidik, bukan hadiah dan pemberian yang menjadi ukuran tetapi sedikit penghargaan dan rasa kasih yang ditunjukkan sudah cukup menjadi pemangkin buat kita. Buat semua rakan-rakan guru, selamat menyambut hari guru dan selamat bertugas dengan penuh dedikasi di mana jua anda berada. Wassalam...

Thursday, May 8, 2008

Jadilah ahli untuk melayari laman profil ..

Salam untuk semua sahabat,
Memandangkan komuniti kita semakin berkembang maka anda digalakkan untuk menjadi ahli bagi membolehkan anda melihat profil rakan yang lain. Selain dari no. telefon, alamat ,e-mail anda juga boleh mengetahui rakan kita sedang bertugas dimana.

Bagaimana menjadi ahli ?

  • Jika anda tiada gmail, tak mengapa. Hanya sms kami (kenalkan diri) dan kami diadmin akan mendaftarkan anda . Kami akan hantar username dan pssword untuk anda gunakan.
  • Setiap kali anda ingin melayari pautan laman profil sila gunakan username dan pssword yang diberi.
** Setiap nama yang tertera di JEJAK KASIH adalah antara rakan yang telah kita ketahui no. telefon mereka. Rakan yang masih tiada nama maknanya mereka masih tidak ditemui dan maklumat tidak akan diupdate.

Wassalam ..

Welcome .. welcome utk rakan baru

Jamil n Zuraidah, Mazlan Rani n Azizah dan Sabri Jamaluddin

Hari ini, terima kasih sekali lagi kepada saudara Roden kita yang berjaya mendapatkan tiga lagi no telefon member kita iaitu Mohd. Jamil (.5) dan isterinya( Zuraidah Zainol .1), Mazlan Abd Rani (.5) n isteri (Azizah bt Jamaluddin.8) dan Sabri Jamaluddin (.5). Lumayan betul hari ini sebab tetiba dapat agak ramai member. Hebat le ko Din, pakai ilmu apa entah. Selamat datang ke blog kita untuk semua rakan yang baru ditemui....
Jom kita teka ... siapa gerangannya ini, doktor .. lawyer ... ahli muzik .. oh Safruddin rupanya. Macam mana geng ada beza tak?

** Tak rugi ambil gambar ko dulu, dapat gak buat promosi. Gambar 2 tahun lepas ni .. Sekarang ni tambah lagi ke? Apa-apapun kita serupa ..........

Wednesday, May 7, 2008

JAGA KESIHATAN


SALAM SEJAHTERA...
Bila tengok gambar ni, punyalah slimm....
tapi la ni, perut dah semakin membesar, Abg Roy la tu, tapi tak pe, ada kajian yang mengatakan semakin boroi perut suami anda, maka suami akan akan menjadi semakin penyayang... huhuhu

Tu la pasal, aku yakin dan percaya ramai kawan-kawan aku yang senasib ngan aku, hehehhe... terutamanya Madie.. heheh, Dollah, Norishamsul dan lain-lain lagi... jangan maree

Apa-apapun, Amalkan Cara Hidup Sihat, Amalkan 5 M, Macam kempen aku buat kat TV tu..
Semakin umur meningkat, sebenarnya imun badan kita semakin berkurangan, masa tu penyakit mula datang... ingatlah bila menjejak umur 40 bukan hidup kembali muda tetapi hidup akan terseksa sebab banyak penyakit mula menjengok....

Amalkan Cara Hidup Sihat : Sihat Sepanjang Hayat
Renung-Renungkan, dan Selamat Beramalllllll.....

Budin.. Hospital TAR, Klang

Monday, May 5, 2008

Tinggal usang ..

Hari ini berkesempatan melihat sedutan video yang dibuat oleh bekas pelatih MP Lembah Pantai Batch 88-90. Melihat kesedihan wajah mereka tatkala mengungkap dan menyusuri kembali kenangan bersama rakan dimaktab yang telah lama ditutup dan ditinggalkan, sayu rasa hati kami kerana kita senasib dengan mereka.
Pada Disember yang lepas kami tidak berkesempatan singgah di maktab tetapi dengar khabarnya ada teman kita yang ke sana sesudah perjumpaan di Teluk Bahang. Kami paparkan kembali gambar bahagian hadapan maktab yang satu ketika dulu amat gah dan indah buat tatapan semua.


Sunday, May 4, 2008

Wednesday, April 30, 2008

Jejak kasih ..

Tak sangka baru je kita aktif beroperasi dah agak ramai juga member yang sama ada telah dapat kita hubungi atau yang telah kami pasti no. telefonnya. Kami senaraikan roughly member yang telah kita temui mengikut kelas masing-masing. Jika ada yang tertinggal please inform kami di admin. Kita akan kemaskini mengikut keadaan semasa.

Point1
1. Zuraimi Ahmad
2. Zaiton Abdullah
3. Norbaiti Ramli
4. Zuraidah Zainol
5. Razami Ramli
6. Jamnah Abd Manaf
7. Ismahanani Ismail


Point2
1. Haslimah Paimin
2. Ahmad Firdaus Din
3. Abd Rahman Ismail
4. Suhaini Ishak
5. Ahmad Kaber b. K. Ismail
6. Harif Fadzilah b Othman
7. Rosniah Zainol Abidin
8. Fauziana Nafis
9. Saiful Hadi Abdul Karim
10. Balkis bt Kaderbawa
11. Khairul Azli



Point3
1. Zakri Zakaria
2. Ruzimah Abd Karim
3. Ahmad Nazeri b Mat Ali
4. Rosman b. Ismail
5. Mardis b Husin
6. Noraini bt Mohammad
7. Abdul Rahim b. Dumpok


Point4
1. Asmadi Othman
2. Abdul Rahman Ibrahim
3. Mohd. Anuar Mohd Yatim
4. Mustapha mohd Idris
5. Shahrinizam Dun
6. Zulkifli Hamat
7. Mat Razak Abdullah
8. Ibrahim Mat Said
9. Syed Khalid Syed Idrus
10. Mohd Azhar Shafie
11. Abdul Halim Abdul Karim
12. Rosdi Mat Saud
13. Noorilayati Abu Bakar
14. Jamilah Mohammad
15. Fadzilah Ahmad
16. Norzita Amir
17. Nafisah bt Ramli
18. Salbiah bt Limat


Point 5
1. Mazlan Abd Rani
2. Mohd Jamil Yang
3. Sabri Jamaluddin
4. Nooraliza bt Che Mat
5. Jamaluddin


Point6
1. Safruddin Sahalan
2. Abdullah Saad
3. Rosley Hamid
4. Fauzan Abd. Karim
5. Norishamsul Baharin
6. Norlaillie Kamarudin
7. Mohd Zabidi Md Lazim


Point7
1. Mohd Munir Ishak
2. Zanariah Salleh
3. Iswani Darlina Ramli
4. Wan Teh Hanisa
5. Hazirah Mohd. Zin
6. Kogilavani Muniappan
7. Philomin Placida
8. Lim Bee Cheng
9. Maha Letchumi Raman
10. Parveen Kosar bt Md Fadzil
11. Zahariah bt Zainal Abidin
12. Nur hafizah bt Abdullah
13. Md. Shamshul b Hashim
14. Norsuriati bt Md Shariff


Point8
1. Azizah Jamaluddin
2. Suraya Idris
3. Roslinda Damanhuri
4. Nasrol Mohd Nor

5. Nor Fazura bt Mohd Nordin
6. Halilah bt Abdullah



** untuk mendapatkan no. telefon / alamat sila kunjungi profil sulit. Maaf pautan profil sulit hanya dapat diakses oleh ahli yang berdaftar dengan admin. Untuk menjadi ahli dan mendapatkan no telefon rakan :
- anda perlu ada email
- hantarkan email anda ke adiana.salleh@gmail.com atau sms / call Asmadi 0136138524.

No worries .. khas untuk rakan-rakan dimana jua anda berada

Jangan stress and be happy selalu ...


REUNION KE 2 ( Tahun 2008 )

Wahai rakan-rakan semua...jangan lupa tahun ni kita akan berkampung di PERLIS.

Tarikhnya akan ditentukan kelak...jangan lupa...kita akan contact kelak...


Harap tahun ni kita akan dapat kumpulkan seberapa ramai rakan-rakan lain join.

Insyaallah...



Ikhlas dari;



Abg_Nwarr234
Era Millennium Technology
019-475 4932
Email:nwarr234@yahoo.com.my

Kenangan Mengusik Jiwa

Salam buat Semua.... Selamat Pagi Cikgu, mesti ko orang tengah mengajar, aku plak cam ni la duduk jer kat opis... malam tadi aku selongkar album dan aku nak kongsi ngan ko orang semua. "Masihkah Kau ingat" waktu kita kena ragging ngan senior, cinabeng betul.. bila teringat ketawa sorang-sorang... Kepada kawan-kawan aku kat point six, dimana kalian? Wan Mazlan, Shamsul dan bininya Laily, Rusli, Linda, Azura, Karim, Fauzan......
Gambar ni masa Majlis penutup minggu ragging kita.. Dollah dengan gaya penyanyi utama... wa caya lu Dollah

Bila tengok gambar ni, sedih plak sebab dua orang kawan aku dah tak de
, marilah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah buat Allahyarham Cikgu Sani ( barisan belakang no 5) Semoga rohnya dicucuri Rahmat.. Amin satu lagi kawan aku yang selalu ceria, dan aku selalu usik ialah Mendiang Phoon Wai Fong ( Barisan tengah, no6 dari kanan) juga telah meninggal dunia, akibat kemalangan jalan raya.. Untuk kawan-kawan aku, aku doakan kalian sentiasa sihat dan dikuatkan semangat untuk terus mengajar..

Kalau ada masa tu, contact la aku, sekadar bertanya khabar berita, apa salahnya.....





Ko orang ingat tak lagi masa kita pulak jadi s
enior... kita la yang jadi tukang ragging pulak... sapa Taiko kita yang paling terkenal kalau bukan Wak Mustapa, Walaupun muka bengis, tapi baik hati.. aku bangga ngan ko wak.. Jawa sentiasa WORLD.... Kesian muka awek tu kena ragging, huhuhu


Adioss... jumpa lagi cikgu

Safruddin.six
SMK htar, Klang
0176056963
kelabang71@yahoo.com
safruddin@moh.gov.com

Tuesday, April 29, 2008

Fail Sulit ...

Salam untuk semua,

Ini bukan fail sulit AF .. kami di admin sedang berusaha untuk membangunkan pautan baru yang mengandungi data peribadi diri kita dan rakan-rakan lain. Kami mohon maaf kerana hanya ahli yang berdaftar sahaja akan dapat melayari pautan ini kerana ia adalah fail sulit yang mengandungi nama, alamat, no phone, alamat email dan beberapa maklumat lain yang berkaitan.
Jika diizinkan masa dan keadaan, kami akan berusaha untuk menyediakannya berdasarkan negeri tempat bertugas masing-masing.

  • Disebabkan kami tidak dapat mengumpul data ini secara bersendirian maka pertolongan rakan semua amat diperlukan.
  • Jika ada member baru yang telah dapat dihubungi dan masih tiada dalam senarai kita sila hantarkan maklumat itu kepada zana atau madi.We'll do our best to bring everybody in touch.
  • Jom jd ahli dengan menghubungi kami dan kami akan daftarkan anda. Gunakan gmail dan password yang diberi utk hantar berita / melayari profil sulit ... yang lain-lain dianggap beerrez.

Selamat Pagi Cikgu


Salam...

Rindu betul aku nak jadi cikgu semula, seronok bila anak murid panggil kita cikgu, betul tak geng?
Apa pun semoga ko orang terus tabah dan menjadi cikgu super dalam mendidik anak bangsa kita..

Tahniah kepada Madi dan geng.4 atas usaha kalian buat bolg ni.. seronok dapat tengok gambar-gambar ko orang masa reunion tu, sorry la aku tak dapat joint sebab aku sekarang susah nak cuti, maklumkan kena rancang awal-awal.. InsyaAllah dimasa akan datang, aku mesti joint tapi maklumkan awal, sebab nak apply cuti.

Aku baru balik dari Penang, minggu lepas 22-25 April, banyak perubahan dah berlaku kat Penang. Aku sampai jer terus pegi Line Clear, pekena Nasi kandar, teringat masa dulu, tiap-tiap malam pekena teh tarik lepas tu ronda-ronda gurney drive, skodeng kete rosak ngan aksi dicelah batu... hahahha ( masih kah kau ingat geng )

Aku sempat jumpa Cikgu Abdollah Saad.six (ex ketua kelas, huhu) makin temban badannya, macam aku jugak, sama la ngan madi (heheh) geng DG 5 semua dah temban kecuali Razak, Man Black, Hanis ( yang lain aku tak tau )

Kepada kekawan sekiranya ingankan pertolongan aku berkaitan kesihatan ni, contact le aku...
dan terutamanya geng-geng aku yang merokok (Razak) bila nak berenti?.... huhuhu
Aku la ni jaga Klinik Berhenti Merokok kat Hospital, sapa-sapa yang merokok aku nasihat berenti la merokok segera, bukan apa aku kesian kat ko orang...

okey la, terima kasih cikgu
Rudin.6

Syor collect semua nombor contact member.

Assalamualaikum...

Pertama minta kita punya title blog itu Maktab Perguruan Seri Pinang sahaja coz ex-MPSP yang lain boleh joint sama.

Bawah tittle ini, kita maklukan semua ex-MPSP boleh joint.

Batch kita point 4 MPSP 92-94 sebagai pelopor utama.

Kalau dapat nombor contact, harap dapat dikumpulkan serta boleh diakses member yang joint sahaja.

Itu pandangan saya Admin...

Kenangan Mengusik Jiwa

Reunion yang pertama ini cukup mengharukan...apataknay dah 14tahun menghilang tiba-tiba bertemu..fuh..tangkap syahdu..uuu.. dalam perjalanan menuju ke Telok Bahang Resort tu dalam kepala Abg ..dok tak sabaq nak sampai....bukan apa dok bayang camanalah...rupabentuk fizikal setiap orang..maklumlah...14 tahun tak nampak...Abgla orang terakhir sampai....nampaknya 100% rupabentuk fizikal berubah..tapi tetap "maintain"...

Malam tu ...kami adakan BBQ yang paling best..tepi laut...dengan ahli keluarga beramah mesra..macam2 ceritala...makan sampai perut sakit...selepas semua famili masuk bilik...kami adakan sesi flashback kenangan rentetan..selepas tahun '92..macam2 ada..yang bertemu jodoh sekelas dan lain kelasla...fuh..macam2 cerita..paling best la...( tahun ni reunion korang yang tak joint mesti ikut..rugi tau ) apapun semuanya..dah berjaya mendapat DGA41..tahniah..

Hasilnya sebelum pulang...inilah yang dapat dirakamkan untuk tatapan semua....

Ini...keluarga Ibrahim dan Fadzillah...bahagia

Inilah ....keluarlah keluarga Abang..camana
dan bercinta dari dalam Kelas lagi... handsome dak abang..fuh. cayalah






Inilah Kak Milah dan Keluarga...




Inilah keluarga Asmadi dan Zanariah ...Fuh..
menjadi sungguh.... bercinta semasa maktab lagi...menjadi yooo





Inilah Mr. Rahman dan Family..



Mr. Cool kita Mat Razak dan keluarga...
still handsome..dan menawan.. cool cam dulu gak..






Inilah ahli yang dapat datang....tahun ni ( 2008 )
harap dapat lagi ramai...yeeeeeee



Inilah Mr. Robot Don..ingat lagi Sharin










menjadi gak dia ni..dah 3 orang family dia...menjadi sungguh dia dah 4 orang.
Mr. Halim..jasamu tetap di kenang..







Inilah Kenangan keluarga MPSP 92 - 94..moga2
tahun ini akan bertambah.
Ikhlas dari;
Abg_nuar234

Monday, April 28, 2008

Syoknye sembang dengan member lama ...

* Jangan le salah sangka tengok gambar lembu jantan ni ... sebenornya tak de kaitan pun gambar dgn cerita yang ditulis ..... saje suka tgk gambar ni.
Hari ni dapat no. telefon saudara Munir(.7) dan terus call dia. Tak sangka dah berbelas tahun dok Selangor tp dia punya loghat Kedah sikit pun tarak kurang. Timakacih le Safruddin sbb dah forwardkan no. nye. Banyak gelak dari cerita ..... itu kesimpulan yang boleh dibuat bila dapat sembang setelah 14 tahun tak jumpa. Nampaknya dah in progress usaha kita ni. Buat member yang dah didaftar untuk membolehkan hantar berita dan cerita, anta le .. tak kira cerita baru atau lama yang pakai gambar zaman 14 tahun dulu pun bole.
Nak cerita pasal kisah terkini lagi best. Kalau terjumpa mana-mana member lain ambil-ambil gambar dan anta ke sini. Boleh kita share baca dan tengok.
Mana-mana member yang ada diJohor ke .. meh la habaq mai sapa lagi ada kat sana.

Saturday, April 26, 2008

Dari siapa untuk siapa ??

Salam untuk semua ...... Mengapa terfikir untuk menulis sebegini rupa ? Sebenarnya timbul kekeliruan apabila ramai rakan yang melayari laman ini tertanya-tanya laman ini khas untuk kelas tertentu ke?
Sebenarnya laman ini untuk semua bekas pelatih MP Seri Pinang batch 92-94... dan kebetulannya kelas .4 telah berjaya mengumpulkan sebahagian ahli mereka. Jika ada kelas lain yang telah berjaya mengadakan gathering seumpama ini, kami di admin amat mengalu-alukan berita dan gambar tentang majlis itu. Boleh kita paparkan di blog ini sebagai tatapan berita semua.
Oleh itu proses mengumpul rakan-rakan lain sedang giat dijalankan .... rajin-rajinlah menulis di shout box sebelah ni ataupun drop a line or two di alamat emel yang ada. Mana tau 2009 akan menjadi grand gathering untuk semua bekas pelatih MP Seri Pinang 92-94.
Wassalam.

Friday, April 25, 2008

Specially for kawan kita di Tawau, Sabah

Noorilayati aka Nori
Jangan tak tau ada sorang kawan kite yang dah berbelas tahun di Tawau. Serupa macam tak nak balik ke Semenanjung je. Siapa lagi kalau bukan Cikgu Noorilayati sekeluarga. Seronok juga ada kawan di sana, sapa-sapa yang sesat ke Tawau jgn lupa contact beliau di sana. Layanannya pasti first class ..... kesempatan berjumpa beliau ketika berjalan ke Tawau sangat menyeronokkan, 5 hari tinggal di rumah beliau merata kami berjalan. Hubby dan anak-anaknya pun sporting habis. Tq kak Nori .. kalau ada rezeki nak pergi ke sana lagi. Untuk teman yang tertanya-tanya macam manalah agaknya dia selepas 14 tahun tak jumpa .... orangnya maintain macam dulu juga.

Terima Kasih Ex-MPSP + Point 4

Assalamualaikum...

Masihkah kau ingat
Kita berlari-lari

Pulau Pinang
Memberi ilham
Kepada Seniman

Mari menyusun
Seroja bunga seroja... aaaaa

Salam mesra
Salam mesra
Salam salam
Berteme lagi
Berjumpa lagi
Salam salam

Tabik Springggggg
Surat khabar laama....

Itulah zaman kita...
Mula bertemu di Maktab Peguruan Seri Pinang
dan akhirnya Mencari Pasangan Sebelum Pulang

ha... ha... ha...


ahhakcorp@yahoo.com
SMK Sungkai 2005/2008
35600 Sungkai

.

Jom hantar berita ...

Untuk teman yang dah berdaftar sebagai penyumbang (contributor) untuk laman blog ini, sila ikuti steps berikut untuk menghantar berita.
1. Pergi ke laman blog mpseripinang.
2. Sign in dibahagian sudut kanan atas.
3. Akan keluar page baru. Masukkan username dan password ..click pada sign in
4. Keluar pula page dashboard .. Jika berminat untuk hantar berita click pada +new post
5. Akan keluar ruang untuk menaip berita .. taip lah apa sahaja asalkan tidak memberi impak tidak elok kepada orang lain.
6. Sesudah berpuashati ... click pada publish dan berita sudah dihantar ke laman blog.

** jika ingin menarik balik berita yang telah dihantar sila ulangi proses sehingga sampai ke dashboard ... dan delete artikel





# Jom tengok wajah-wajah ceria ini ..

Thursday, April 24, 2008

Panggilan Yang Tidak Disangka...

Lebih kurang Jam 6.30 petang aku dapat satu panggilan misteri. Panggilan ini memang cukup-cukup misteri. Apa ke tidaknya dah hampir15 tahun tak dengar khabar tiba-tiba aje suaranya kembali kedengaran. Bukan aku tak pernah cuba hubunginya, tetapi setiap kali aku hubunginya, sentiasa aje tak dapat-dapat. Setiap kali pergi Penang tak pernah pula bertembung dengan batang hidungnya. Alhamdulillah secara tiba-tiba dapat pula panggilan darinya. Apalagi panjang le citenya. Takpalah, mungkin cuti sekolah bulan lima aku akan serbu ke rumahnya. Panjanglah langkahku cutinya....
Rupa-rupanya saudara Dollah kita ni tak keluar-keluar dari pulau pun. Cuma pindah tempat tinggal aje. Dulu Sungai Pinang la ni dok dekat Penang Free School je. Aku harap lepas ni tak delah lagi terputus hubungan.

Terima kasih daun keladi ....


Bila melihat kembali gambar yang ada baru teringat tentang t-shirt biru berlengan hijau kita... walaupun baru first time buat gathering dah dapat sponsor t-shirt yang cantik ni dari saudara Mustapa (.4) yang dengarnya sekarang dah jadi tauke printing. Moga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Kalau ada rezeki .. dapat le kami merasa t-shirt yang lain pula. Yang lebih best nyer .. walau tuan punya badan tak dapat hadir namun bajunya tetap tiba dan dapat dipakai semua pada malam bbq. Terima kasih daun keladi , lain kali bagi le lagi. Untung badan dapat member tauke printing .. moga beliau sukses dengan bisnesnya.
*yang kelihatan sedang riang amat tu tak lain tak bukan sahabat kita Man dan Shahrin ... tak dilupakan yang gambar gelap dibelakang tu .. cuba le teka siapa.

Jom jadi reporter bebas ...

Salam untuk semua teman .. syokkan bunyinya nak jadi reporter bebas ... kami sedang mencari mana-mana member yang ada akaun gmail untuk diajak menjadi penyumbang blog ini. Jika lagi ramai maka dapatlah kita berkongsi cerita dan pengalaman selain dari merapatkan silaturahim sesama teman. Kami ni dah kering idea nak story so kalau ada lebih ramai contributor tentu lebih seronok. Tak kira apa beritanya kita boleh share bersama. Oleh itu jom kita lebarkan sayap agar yang jauh dapat didekatkan.

Yang pentingnya :
1) Sila daftarkan akaun email anda menggunakan gmail.
2) hantarkan alamat email anda dan nama tuan punya email ke adiana.salleh@gmail.com
3) tunggu pelawaan dari kami (satu email akan dihantar)
4) sahkan penerimaan pelawaan untuk menjadi contributor.

Senang dan mudah ... jom ramaikan komuniti ahli kita.

Wednesday, April 23, 2008

Teringat saat pertemuan .....




Jom cuci mata antara himpunan gambar yang ada sewaktu sesi gathering yang lepas ... yang berbaju petak hitam dan merah itu ialah suami kak milah . Turut kelihatan saudara syed dan saudara Man.

Apalah agaknya yang dibincangkan oleh sahabat kita ni. Berbincang pasal next gathering kot? Saudara Syed datang solo tahun ni mungkin next year akan datang sefamily ....