Sejak bermulanya sesi persekolahan 2008 maka bermulalah kursus latihan dihari Sabtu cuti kita (walau dihad pada hari Sabtu ke-2 dan ke-4 shj). Entri ini hanya sebahagian kecil ragam dari banyak ragam-ragam lain yang ditempuhi oleh ratusan ribu guru di Malaysia.
Latihan Dalam Perkhidmatan (LDP) .. bunyinya menyeronokkan namun tak lah seseronok mana bila separuh Sabtu kita diambil, lebih kasihan bagi rakan yang terpaksa menunggu hingga 4 ptg. Apakan daya dalam keterpaksaan kita melangkah walau kadang kala slot pengisiannya bagai tidak begitu berbaloi. Ada slot yang seakan tangkap muat dengan alasan penceramah yang dijemput ada urusan luar, maka akan adalah pengganti disaat akhir.
Sabtu lalu ... kami menempuh perjalanan sejauh lebih 28KM untuk sampai ke tempat yang telah ditempah. Sebuah institut latihan milik kerajaan yang agak terpencil. Pelbagai rungutan didengar maklumlah harga minyak dah melambung, kena pula travel jauh untuk LDP. Agaknya jika berlaku apa-apa yang tidak diingini kepada saya dan rakan-rakan disepanjang perjalanan ini ... kepada siapa kita boleh mengadu?? Selain saya ibaratkan buang masa di dalam perjalanan yang jauh, ia turut meletihkan minda dan fizikal. Aduh ... semakin tua rasanya bila mengeluh tentang keletihan ini. Disebabkan berada ditempat orang, maka makanan juga dikaterer dan ketika menjamu selera nasi tomato dan ayam sambal, buah tembikai dan oren sebagai pencuci mulut serta air suam berperisa anggur .. ramai lagi yang berbunyi kerana lauknya tak cukup korum. Ini mesti kes dah tolak belanja minyak katerer sbb tu dah cut budget.. jd makanlah seadanya. Seharusnya apabila kita merancang untuk sesuatu aktiviti bukan sahaja kelancaran majlis menjadi ukuran kejayaan tetapi kepuasan dan keseronokkan perlu diambil kira.
Mencari kekawan dan anak murid
13 years ago
No comments:
Post a Comment