Friday, June 20, 2008

Bila kita kreatif .. life is fun.

Seorang suami sedang mencari-cari helah untuk membolehkan dia berkahwin lagi.

Antara alasan yang diberikannya:

Suami : Lelaki kawin 3 baru lah sah ...

Isteri : Kenapa pula?

Suami : Cuba terjemahkan ke dalam Bahasa Inggeris, "satu" is one, "dua" is two, "tiga" isteri (is three). Baru betul dan sah!.

Isteri : Tapi abang kena faham Bahasa Inggeris, terutama tentang "singular" dan "plural"

Suami : Berkenaan apa tu?

Isteri : Satu tu "Singular"; dua atau lebih "Plural"

Suami : Contohnya?

Isteri : One car sebagai singular, two cars sebagai plural. Apa bezanya?

Suami : Ohhh... tambah huruf "s" untuk yang plural

Isteri : Betul tu. Sama juga la untuk abang

Suami : Macam mana pula boleh sama?

Isteri : Satu isteri abang MAMPU, jika dua isteri dah jadi plural, maka abang MAMPUS tambah "s" je, kan?

#######################################
** This is a joke... to all husbands out there, no offence.

3 comments:

Anonymous said...

ha, Madie ko dengar tu apa bini ko tulis ni... Nak MAMPUS, so jangan la ko nak berangan-berangan kahwin lebih..

Anonymous said...

kalau dah dikatakan takdir .. cakap apapun tak kan jalan. Bukan apa, saja nak bagi peringat maklum le korang kan dah nak masuk umur 40-an... kononnya 'life begins at forty', tu yang ramai perasan tu. Apapun, yang cuba ditentang itu tetap halal dan sah disisi agama.. wallahuallam.

Anonymous said...

kepada kekawan, sedar x sedar kejap lagi dah masuk umur 40an... masa begitu singkat, banyak benda x buat lagi..

sebenarnya pada aku masuk 40 ni bukan 'life begins at forty' tapi 'disease begins at forty' so kepada kekawan tu, berjaga-jaga la sikit.. bagi mereka yang dah ada darah tinggi, diabetes lagi-lagi lah kena jaga...

aku dah tengok ramai org meninggal dunia pada usia yang muda...

so jaga kesihatan, amalkan cara hidup sihat ;
- Tangani Stres dengan bijak
- Jangan Merokok
- Makan Secara Sihat
- Amalkan Senaman berterusan
- Jauhi Alkohol

*Razak bila nak berhenti merokok?