Sunday, May 18, 2008

Buka kisah lama ..

Bila melihat kembali pada gambar lama yang dihantar, pasti pelbagai kisah pahit manis yang kita ingat. Ada kejutan yang menunggu malah pasti ada yang masih terkekeh ketawa mengingat kembali saat itu. Kita belajar untuk memahami orang lain, belajar menjadi dewasa, memulakan hidup dengan tugas ini dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan.
Jom kita catat kembali pengalaman pahit.. manis mahupun yang kelat-kelat masam ini agar ia menjadi kenangan untuk kita semua. Cerita ini adalah cerita kita, lingkaran kehidupan bergelar pelatih MPSP dan pastinya walau sepahit mana pengalaman itu, saat kita mengenangnya kembali .. yang pahit itu telah lama bertukar menjadi manis. Pengalaman itu mendewasakan kita, pengalaman itu juga membuat kita menghargai rakan sekeliling malah ramai yang berjumpa dan bertemu dengan 'soulmate' masing-masing disana. Mari kita penuhi ruangan komen ini dengan cerita kita .. pure and genuine from MP Sri Pinang. Wassalam.....

5 comments:

Anonymous said...

Perkara pertama yang terlintas ialah pada uncle tua yang kami sewa tv dan peti ais. Ingat tak pada orang tua yang pakai seluar pendek tp cukup cekap kutip utang?.Tiap bulan ketuk pintu rumah nak minta sewa tv yang buruk tu dan peti ais yang kena sendal pintunya dengan tong gas. Kalau duit ada .. cepat bukak pintu dan bayo tp kalau duit tarak .. dok senyap sunyi kat dalam serupa macam rumah tinggal. Apapun tv dan peti ais buruk tu memang banyak jasanya. Ada lagi ke uncle tua tu sbb dulupun umurnya dah macam 65 tahun .. maunya sekarang nak dekat 80 tahun.

Anonymous said...

aku ingat lagi kat apek ni .. cukup takut nak bagi sewa video recorder kat budak maktab. apasal eeh?? kah,kah kah

Anonymous said...

Sapa dia yang panggil Pak Din 'Pakcik' masa minggu pengurusan. Aku ingat lagi, camana senior punya bengang masa tu. Nak cari jugak sapa yang panggil pakcik.. maklum le Pak Din pun satu, dok kat tembok lepak ngan pakcik tukang kebun. Apalagi tak pasal-pasal ramai yg kena attack dgn senior. Cepat ngaku sapa yang panggil tu ...

Anonymous said...

Zern aku masih ingat lagi..nama company yang uncle tu kerja..WINLY..tapi dengan tv dan peti ais tu le kita dapat guna sama-sama

Anonymous said...

aiya...itu cikgu..ala utang sama saya wo...utang peti sama tv..tatak baya...terus balik melaka..mana mau cali aaaa....
drpd apek