Monday, December 28, 2009

Update terbaru ..

Maklumat terbaru yang telah di update di blog sulit adalah seperti berikut:

1. Abdul Rahim bin Dumpok .3(Selangor) ~ Jika dilihat dari alamat tempat bertugas, agaknya beliau sama sekolah dengan Abd Halim .4

2. Ismahanani bt Ismail .1 (Sungai Petani, Kedah)

Saturday, December 26, 2009

MENJEJAK MEMBER POINT 2, MP SERI PINANG - DI RUMAH BALKIS



6.00 petang, 20 Dis 2009 - Kemuncak pertemuan kami adalah di rumah Balkis. Akak kita ni baru setahun pindah ke rumah baru. Rumah teres 2 tingkat, di Tasik Gelugur, P. Pinang. Diam tak diam dah 4 orang anak Balkis. Balkis dan suami menyambut kami dengan mesra. Aku datang bersama Kaber dan isteri. Firdaus dah sedia menunggu kami di rumah Balkis.

Meja dah penuh dengan hidangan. Apa tunggu lagi belasah sakan la kami. Sambil makan bergebang mengenangkan kawan-kawan maktab. Mengikut cerita mereka ramai juga member point 2 yang masih berhubung. Suhaini, Norliza, Fauziana dan beberapa orang lagi ada ditemuai. Antara yang tidak diketahui ialah Mohd Zamri (Ayah Zam), Zakri (Zack), Adami dan member-member berbangsa Cina. Di harap member-member yang ingin berhubung boleh menghubungi aku atau rakan-rakan lain. No. telefon boleh diperolehi melalui blong sulit di mpsp.blogspot.com, tak bolehlah papar kat sini nanti ada yang marah kat aku. Boleh juga hubungi aku melalui alamat emel di blog ini.

Dalam perbualan, kami bersetuju untuk mengumpul member-member point 2 untuk diadakan perjumpaan. Akak Balkis berbesar hati menjadikan rumahnya sebagai tempat pertemuan untuk kali pertama ini. Bila nak jumpa? Bergantung kepada usaha mengumpul maklumat dan persetujuan kawan-kawan. Kami cadangkan cuti bulan 3 atau pertengahan tahun 2010. Kepada member-member yang mendapat maklumat ini boleh hubungi aku.

Terlalu asyik bersembang dah pukul 9.00 malam, aku perlu mengundur diri kerana nak ke Kepala Batas, rumah kakak. Kami meninggalkan rumah Balkis dengan harapan akan ke sini lagi dengan pertemuan lebih ramai member point 2 tahun hadapan. Terima kasih Balkis sekeluarga.

Friday, December 25, 2009

MENJEJAK MEMBER POINT 2, MP SERI PINANG - DI RUMAH KABER

Percutian kali ini P.Pinang menjadi pilihan. Mungkin kerana kecewa dengan perjumpaan 2009 yang tidak menjadi. Niat di hati mulanya nak melawat adik ipar yang bersalin di Juru dan bawa keluarga jalan-jalan. Entah bagaimana teringatkan member yang sorang ni, saudara Kaber yang dah lama tak dengar berita. Kami cuba menjejaknya.

Sabtu, 19 Dis 2009 - Aku dan keluarga bertolak ke Bagan Ajam dari rumah adik ipar. Puas juga pusing-pusing cari rumah Kaber, maklumlah dah lama tak datang. Akhirnya kami jumpa juga rumahnya. Malangnya Kaber sudah duduk berasingan dengan maknya. Emaknya pula tidak ada di rumah. Nasib baiklah ada kakak sebelah rumahnya beri no. telefon. Aku pun terus telefon Kaber. Alhamdulillah Kaber datang jemput kami ke rumahnya. Pada mulanya aku pun tak berapa nak kenal, lain benar rupanya dah berubah habis. Tapi tang suara dan remosnya tetapku kenal.

Di rumah Kaber. Rupa-rupanya dalam diam-diam Kaber sudahpun beristeri untuk kali yang kedua. Katanya baru setahun. Malas nak heboh-heboh. Aku dan keluarga doakan semoga perkahwinan kali ini akan bahagia dan kekal sehingga ke akhir hayat, a....min. Puas bergebang, Kaber call Firdaus dan Balkis. Kami ambil keputusan untuk ke rumah Firdaus dahulu malam ini. Esok baru ke rumah Balkis.


Hari pun dah lewat petang. Kami sembahyang magrib di rumah Kaber. Selepas itu Kaber hantar kami ke rumah Firdaus. Jumpa di rumah Firdaus...................

Sunday, December 20, 2009

Mini gathering .. 2010

Setelah kecewa dengan kegagalan untuk berjumpa pada tahun 2009, berita baik yang diterima dari geng utara (Jamil, Mat Razak, Sabri dan Mazlan).. memaklumkan yang 'mini gathering' akan diadakan pada ketetapan berikut:

Tarikh : 16-17 Januari 2010
Tempat / Penginapan : Chalet Puteri Ayu, Yan, Kedah

Jika ada member yang berminat untuk hadir, sila hubungi orang kuat kita ini..

Sdra Jamil 0135819699
Sdra Mat Razak 019406292
Sdra Asmadi 0136138524

Friday, December 18, 2009

Banglo siapa ni??

Setelah agak lama hingga ada anak-anak yang dah mula tarik muka .. (mak-mak dan bapa-bapa seronok sangat bercerita) Kami bergerak pula ke destinasi seterusnya.
Rugi kalau tak singgah .. pesan Mat Razak. Banglo ini mengadap bendang dan pemandangannya sangat indah..

Banglo Mazlan dan Azizah

Ini gambar kami 3 family.

Sembang lagi..

Hari kedua kami berkunjung ke Pendang, berpeluang menghadiri majlis kenduri kahwin adik ipar Mat Razak. Hadir sama di majlis itu ialah sdra Rosman dan sdra Mazlan Rani dan kak Zah . Selesai menjamu selera maka bermulalah sesi bersembang.

Mat Razak, Asmadi, Rosman dan Mazlan

Mat Razak tengah bz cari no phone

Ini Rosman .. belum sempat menjamu selera.

Keluarga Mazlan dan Azizah..

Ini gambar terbarunya..


Member kita ni memang asalnya dari Kelantan dan mengajar juga di sana (Rantau Panjang).
Dengarnya telah mendirikan rumahtangga dengan orang dari Kedah.
Bertambah lagi member yang telah kita jumpai dan kami menunggu susulan berita dari saudara Nasrol tentang rakan-rakan lain yang masih ramai belum ditemui di Kelantan.

Wednesday, December 16, 2009

Sembang sampai lupa ..

Cuti kali ini, kami berdua telah berpeluang bertemu dalam pertemuan yang tidak dirancang dengan dua orang member kita.

Member 1: Sdra Asmadi aka datuk.
Beliau sedang bertugas sebagai ketua pengawas SPM di SMK Syed Mohamed Al-Bukhary. Walau sibuk bertugas kami masih berpeluang bertemu dan bersembang seketika. Malangnya tiada diantara kami yang teringat untuk merakam gambar. Akibat terlalu asyik bersembang!!

Member 2 : Sdra Mat Razak
Beliau sanggup bersusah payah bertemu kami di JPN Kedah dan membantu kami dalam banyak hal. Bersembang banyak perkara dari yang lama ke baru tetapi padahnya tetap sama .. seorang pun tidak merakam saat ini. Malah peluang berkunjung ke banglo cun beliau pun kami tak sempat merakam apa-apa...mungkin bagai dirancang agar ada kunjungan kedua kot??

Tuesday, December 15, 2009

Kumpulan Nasyid Maktab....


Terlibatnya saya dalam kumpulan nasyid Maktab atas sebab ikut kawan. Sebenarnya tak tau apa yang diminati masa tu....Wah!... teringat dengan cikgu Muzik...baik orangnya,tak pernah marah pun...Beliau yang mengajar gitar,basic piano dan recorder. Masa ni rasa 2 kali kami buat persembahan di Hotel Shangri La Penang. Waktu konvokesyen maktab. Seronok....Leader masa tu Kak Wan ..kat mana sekarang ye?. Lead Singer masa ni tentunya Kak Norani( Kak Ani Kelantan- sedap suaranya). Masa mula posting dulu, dia pun KL juga Setapak rasanya. Now ....Kak Ani masih contact dengan kawan2 yang lain. Itupun tahu bila blog Zana sentiasa up-date. Thanks Zana.......
Teringat masa practise.....seronok.Rasanya ada 2 pasang baju masa nasyid ni...baju merah dengan satu lagi warna putih.....Cuma...ada satu persembahan di Maktab Sultan Abdul Halim...saya tak..rasanya sakit kena demam campak.

Kisah lalu di Telok Bahang...


Bila bercakap pasal MPSP- teringat kawan-kawan Point 2..sesi 92/94. Banyak kenangan...Antaranya kisah picnic kami di Telok Bahang, tak silap dekat dengan rumah Kak Suhaini Ishak.....Kak Su!!!!!!!!! apa khabar?. Berbalik kepada picnic tadi, rasanya ni macam program suaikenal n mesra kasih la....seronok!.Masa tu ada aktiviti tressure hunt ,BBQ la...siap kena buat persembahan dalam kumpulan masing2.Kumpulan saya ambil jalan pintas buat persembahan Tarian Twist....cam orang lalok lak rasanya....Teringat dengan Zakri- pekat kelantannya bila bercakap , Razak (arwah) dan Ayah Zam ( Abe Zamri) yang gitu-gitu dengan junior masa tu..tapi tak jadi rasanya.. Dia orang kat mana sekarang ? ....
Berbalik cerita di Telok Bahang,rasanya nak ke tempat ni kena jalan kaki....jauh gak. Tak kisahlah.....tapi takde aktiviti mandi.Lecturer pun ada masa ni. Tak ingatlah nama?...Hey.derhaka sungguh anak murid ni, tak kenang budi.Sorry Cikgu...maklum saya pun dah tua,banyak memori terdelete....Masa ni Kak Ros n En. Hariff belum gitu-gitu lagi (kawan). Masing-masing...aku tengok engkau, engkau tengok aku. Tak silap masa kat maktab, Hariff ketua ...Kak Ros Penolong. Kak Ros ni aktif orangnya.....Hariff a bit pendiam. Alhamdulillah sahabat saya sekarang kekal dan punya anak dah...sudah besar rupanya anak sulung mereka.
Dalam gambar ni terlihat kak Balqis Kaderbawa,Kak Fauziah Nafis n Kak Su tentunya,Adami,Kaber,Kak Liza,Firdaus,khuziah Ramji (orang Selangor), Kak Sham (Baling Kedah),Saiful Hadi (sekarang kat Penang)... Moga mereka bahagia di samping kehidupan baru....Alangkah seronoknya jika masa itu dapat diputar kembali....tak mungkin!!!!!!

Untukmu....Anne (Allahyarham Rosniyati Md Yasan)

Bagaimana harusku tuliskan catatan ini.....Untukmu teman baikku semasa di maktab tiada apa yang ku lakukan kecuali Al-Fatihah buatmu.....Aku dan Anne memang rapat di maktab, w/pun berlainan jurusan dan kelas,malahan walaupun rumah berlainan. Tapi kami serasi....dia baik hati....itu yang mudah saya berkawan dengannya. Anne aku kenali ketika sama2 mendaftar,dia yang menegurku ....semenjak itu kami rapat. Kalau dia tidak bersama teman sekelasnya pasti kami akan berdua berjumpa. Entahlah....bagiku Anne orangnya baik itu sahaja. Pernah di maktab di meminati bidang fotografi...masa tu Anne mampu membeli kamera idamanya...more than 1 thousand....dia sanggup membelinya semata-mata sukakan bidang ini. Seperti yang sedia maklum,Anne berkawan dengan teman sekelas Zuraimi Ahmad...sehinggalah mereka berkahwin. Aku sempat menghadirinya majlis perkahwinannya....Setelah masing2 posting ke tempat yang ditawarkan Anne dan Zuraimi posting di Melaka (negeri kelahiran Anne). Maka..bermulalah jarak pemisahan kami.Masa tu h/phone belum popular....mahal gila dan besar cam botol air. Ada tak de kami berhubung dengan telefon biasa....Masa berlalu...aku kurang berhubung,maklum masing2 sibuk.Ada juga suara nakalnya berbisik...amboi tak ingat kawan katanya..Oh tidak!...w/pun tak berhubung namun kenangan kita di Penang tetap dalam ingatan. Dua kali aku pernah ke rumah orang tua Anne di Kg Tedung ,Merlimau.
Setelah aku berumahtangga pada 1997, sekitar 2003/2004 aku sendiri pun sudah lupa....aku menerima panggilan telefon dari sahabatku dari Kedah ..Kak Shamsiah Darakta...Aku teruja..kebetulan aku tak pernah menerima call darinya...namun aku begitu terkejut...dia mengkhabarkan Anne telah tiada...Hingga kini setiap kali teringatkannya bergenang airmata ini....sesungguhnya Anne..aku terkilan,kerana aku ingin berjumpa dengannya dan mengajaknya turun ke KL.....namun yang pasti itu semua tidak akan berlaku. Banyak kenangan antara kami..yang lucu yang sedih semua ada.Namun kami tak pernah berkecil hati....biarlah ia tetap menjadi rahsia dan memori antara kami....

Pernah juga aku bertembung dengan Anne di UKM...kebetulan peperiksaan. W/pun aku yang dahulu mendaftar di UKM namun aku banyak menangguhkan sesetengah subjek..maklum sudah berkeluarga dan aku tak reti memandu....Anne masih macam dulu juga... Dan berbalik kepada kisah khabaran berita yang dia telah tiada...aku terduduk!...tak terkata. Mujur suami ada...aku tak mampu menceritakan kepada suamiku namun dia faham..hanya airmata yang mengalir..aku cuba menghubungi Zuraimi...kenapa jadi begini...Oh Tuhan , anne keguguran anak ke 2,dan pendarahan.Itu puncanya.Memang sedia maklum,Anne agak lambat untuk peroleh cahayamata,banyak ikhtiar yang pernah dilakukannya. Alhamdulillah Anne dikurniakan cahayamata (putera) tak silap saya. Namun rezeki kali kedua tak kesampaian ...pergi bersama ibunya....Untukmu ROSNIYATI MD YASAN...biarpun kau telah tiada namun ku rasakan kau tetap ada.....Sayang Selalu untukmu Arwah Anne....AL-FATIHAH.....

Kawan-kawan lama dan Room mate..MPSP



Tidak terduga selama ini...rupanya It mampu mendekatkan kita....pertama kali menerima sms from Zana n Madi...saya begitu teruja.....mereka mempelawa untuk join blog yang diusahakannya....kecil tapak tangan nyiru saya tadahkan...bermula dari itu....maklumat demi maklumat tentang rakan dapat dikumpul....maka seronok bukan kepalang...dan yang paling kelakar..rupanya Iswani darlina...hanya bersebelahan sekolah sahaja....Itupun kami tak pernah jumpa.Namun kerana blog kami dapt berhubung..w/pun hanya sekali bertemu setelah Is akan bertukar ke Kelantan. Namun saya tetap di sini..K.L....semenjak posting dulu.
Dan baru-baru ini bertemu pula roommate masakat Penang (Junior) Norazlina Asari....La ada kat KL dah 7 tahun..Mengajar Kat SK Jalan Kolam Air Panas...seronoknya. Itulah It...menemukan kami. Untuk baiti , zana dan rakan-rakan MPSP..kalian tetap dalam ingatan....

Monday, December 14, 2009

Berita PKK point 4 semster 1

Assalamualaikum....

Adalah PKK saya tu call
That time dok pilih PS 2 coz tunaikan hasrat anak yang dapat 5A
lama juga time call itu
Anyway, pass ni akan contact semula coz urusan keluarga

Jumpa lagi...