Sunday, May 25, 2008

Wajah kita di tahun 1993

Memandangkan ada kelapangan sebelum kami balik ke Penang. Maka kami update dengan gambar-gambar lama kita kalau tak silap masa tu zaman semester 3.

Kelas .1

Kelas .2

Kelas .3

Kelas.4

Kelas .5

Kelas .6

Kelas .7
** Entah mana silapnya, rupa-rupanya gambar untuk kelas .8 tiada dalam Majalah Berjaya. So maaf banyak-banyak tak dapatlah kami nak upload gambarnya.

Memori Mengusik Di Jiwa

Kekawan yang pernah tinggal di Sungai Pinang masih ingat tak lagi gambar ini. Kalau tak silap aku gambar ini diambil malam sebelum malam penutup minggu pengurusan. Pada masa itu semua pelatih baru dikehendaki tidur di maktab kerana diadakan majlis Qiamullai. Malam itu majlis habis dekat pukul satu pagi. Baru nak terlelap, beberapa orang senior telah mengejutkan kita penghuni di Sungai Pinang. Mereka tak puas hati dengan komplain kita tentang tempat tinggal di situ. Memangpun kita tak puas hati kerana kawasan tersebut ialah kawasan hitam(tempat dadah).
Apa lagi, dalam keadaan mamai kita kena beratur di tepi pagar. Yang tidak berbaju tu ialah Ajax, Zamri, Roden dan aku. Yang tukang ragging kita pula tu ialah Si Izham. Ajax bengang habis masa tu, dia nekad nak cari siapa senior yang meragging kita. Akhirnya, sampai semester akhir baru kita dapat kesan senior tu siapa. Rupa-rupanya Zainal punya angkara. Dalam baik-baik dia pekena kita. Aku selalu juga jumpa Zainal sekarang ni. Bila aku cerita benda ini, dia pakat sengeh aje dan katanya saje-saje aje.

Welcome to all new friends ..

TQ pada saudara Rahman kerana dapat menghubungkan kembali beberapa rakan kita dari .7 tak sangka dengan hanya satu nombor telefon.. membawa kepada 3 rakan yang lain. A warm welcome to Kogilavani, Maha, Lim Bee Cheng and Philomin ..
Untuk member lain, jika cuti-cuti ni ada berjumpa dengan member lain .. jgn lupa hantar berita / gambar untuk tatapan semua rakan.
Selamat Bercuti ..

Sunday, May 18, 2008

Buka kisah lama ..

Bila melihat kembali pada gambar lama yang dihantar, pasti pelbagai kisah pahit manis yang kita ingat. Ada kejutan yang menunggu malah pasti ada yang masih terkekeh ketawa mengingat kembali saat itu. Kita belajar untuk memahami orang lain, belajar menjadi dewasa, memulakan hidup dengan tugas ini dan seterusnya melangkah ke alam pekerjaan.
Jom kita catat kembali pengalaman pahit.. manis mahupun yang kelat-kelat masam ini agar ia menjadi kenangan untuk kita semua. Cerita ini adalah cerita kita, lingkaran kehidupan bergelar pelatih MPSP dan pastinya walau sepahit mana pengalaman itu, saat kita mengenangnya kembali .. yang pahit itu telah lama bertukar menjadi manis. Pengalaman itu mendewasakan kita, pengalaman itu juga membuat kita menghargai rakan sekeliling malah ramai yang berjumpa dan bertemu dengan 'soulmate' masing-masing disana. Mari kita penuhi ruangan komen ini dengan cerita kita .. pure and genuine from MP Sri Pinang. Wassalam.....

Friday, May 16, 2008


SELAMAT HARI GURU SEMUA...

AKU DOAKAN KALIAN SEMUA SIHAT-SIHAT SELALU DAN DILINDUNGI ALLAH S.W.T HENDAKNYA... TERUSKAN USAHA ANDA SEMOGA JASA DAN TUNJUK AJAR ANDA SEMUA AKAN BEROLEH GANJARAN DI AKHIRAT KELAK... AMIN

*Terima kasih kat Ahaks sebab ucap selamat hari guru kat aku, terharu la..
Budin, Sekolah HTAR, Klang

Thursday, May 15, 2008

Monday, May 12, 2008

Selamat Datang ke Melaka ..


Salam untuk semua,
Perkhabaran yang diterima dari saudara Shahrin kita yang beliau dan rombongan sekolahnya akan datang ke Melaka pada cuti sekolah yang akan datang. Dengar khabarnya juga dengan membawa rombongan pasukan bola sepak beliau, dahsyat tu. Apa-apa pun selamat datang ke Melaka dan jangan risau sebab kalau ikut alamat awal tempat penginapannya ... beliau dan rombongan akan menginap di lokasi yang betul-betul ditengah bandar Melaka. Maklumat mengenai sponsor yang beliau minta kami akan cuba masukkan kemudian maklum le kami ni tak berapa kenal dengan mana-mana YB.
Aktiviti lain kami akan bagitau kemudian cuma harapnya aturcara lawatan beliau tidak terlalu padat ... kalau tak, camana kita nak jumpa .. Buat member yang lain jom le berjalan ke Melaka .. Bye.

Saturday, May 10, 2008

KITA dibela??

Salam kengkawan...Dewa nak mewujudkan konflik disini,nak provok. Dewa nak lihat respond kengkawan. Adakah setelah berbelas tahun menjadi guru korang semua masih macam dimaktab atau dah berubah. Skop kita hanya di KPM sahaja,sebab sepanjang pemerhatian Dewa kementerian lain OK sikit. Apa pandangan korang bila Dewa kata kita di KPM tak tahu buat kerja. bermula dari atas sampailah kepaling bawah. korang setuju tak? kalau setuju kenapa dan kalau tak setuju kenapa?jawapan korang haruslah mencerminkan kedewasaan korang. kalau korang jawab macam budak maktab...Dewa pun tak tahu nak cakap apa...Dewa tunggu respond.!! ada berani ka

Friday, May 9, 2008

Untuk semua rakan guru ...


Seperti biasa kita akan menyambut Hari Guru 2008 pada minggu hadapan. Sengaja kami berikan ucapan ini seminggu lebih awal kerana menghargai tugas guru yang berterusan sepanjang tahun hatta ketika cuti persekolahan sekalipun. Buat teman sebatch ini merupakan tahun ke-14 kita merayakan sambutan ini sebagai sebahagian dari ratusan ribu pendidik yang ada. Bagi kita pendidik, bukan hadiah dan pemberian yang menjadi ukuran tetapi sedikit penghargaan dan rasa kasih yang ditunjukkan sudah cukup menjadi pemangkin buat kita. Buat semua rakan-rakan guru, selamat menyambut hari guru dan selamat bertugas dengan penuh dedikasi di mana jua anda berada. Wassalam...

Thursday, May 8, 2008

Jadilah ahli untuk melayari laman profil ..

Salam untuk semua sahabat,
Memandangkan komuniti kita semakin berkembang maka anda digalakkan untuk menjadi ahli bagi membolehkan anda melihat profil rakan yang lain. Selain dari no. telefon, alamat ,e-mail anda juga boleh mengetahui rakan kita sedang bertugas dimana.

Bagaimana menjadi ahli ?

  • Jika anda tiada gmail, tak mengapa. Hanya sms kami (kenalkan diri) dan kami diadmin akan mendaftarkan anda . Kami akan hantar username dan pssword untuk anda gunakan.
  • Setiap kali anda ingin melayari pautan laman profil sila gunakan username dan pssword yang diberi.
** Setiap nama yang tertera di JEJAK KASIH adalah antara rakan yang telah kita ketahui no. telefon mereka. Rakan yang masih tiada nama maknanya mereka masih tidak ditemui dan maklumat tidak akan diupdate.

Wassalam ..

Welcome .. welcome utk rakan baru

Jamil n Zuraidah, Mazlan Rani n Azizah dan Sabri Jamaluddin

Hari ini, terima kasih sekali lagi kepada saudara Roden kita yang berjaya mendapatkan tiga lagi no telefon member kita iaitu Mohd. Jamil (.5) dan isterinya( Zuraidah Zainol .1), Mazlan Abd Rani (.5) n isteri (Azizah bt Jamaluddin.8) dan Sabri Jamaluddin (.5). Lumayan betul hari ini sebab tetiba dapat agak ramai member. Hebat le ko Din, pakai ilmu apa entah. Selamat datang ke blog kita untuk semua rakan yang baru ditemui....
Jom kita teka ... siapa gerangannya ini, doktor .. lawyer ... ahli muzik .. oh Safruddin rupanya. Macam mana geng ada beza tak?

** Tak rugi ambil gambar ko dulu, dapat gak buat promosi. Gambar 2 tahun lepas ni .. Sekarang ni tambah lagi ke? Apa-apapun kita serupa ..........

Wednesday, May 7, 2008

JAGA KESIHATAN


SALAM SEJAHTERA...
Bila tengok gambar ni, punyalah slimm....
tapi la ni, perut dah semakin membesar, Abg Roy la tu, tapi tak pe, ada kajian yang mengatakan semakin boroi perut suami anda, maka suami akan akan menjadi semakin penyayang... huhuhu

Tu la pasal, aku yakin dan percaya ramai kawan-kawan aku yang senasib ngan aku, hehehhe... terutamanya Madie.. heheh, Dollah, Norishamsul dan lain-lain lagi... jangan maree

Apa-apapun, Amalkan Cara Hidup Sihat, Amalkan 5 M, Macam kempen aku buat kat TV tu..
Semakin umur meningkat, sebenarnya imun badan kita semakin berkurangan, masa tu penyakit mula datang... ingatlah bila menjejak umur 40 bukan hidup kembali muda tetapi hidup akan terseksa sebab banyak penyakit mula menjengok....

Amalkan Cara Hidup Sihat : Sihat Sepanjang Hayat
Renung-Renungkan, dan Selamat Beramalllllll.....

Budin.. Hospital TAR, Klang

Monday, May 5, 2008

Tinggal usang ..

Hari ini berkesempatan melihat sedutan video yang dibuat oleh bekas pelatih MP Lembah Pantai Batch 88-90. Melihat kesedihan wajah mereka tatkala mengungkap dan menyusuri kembali kenangan bersama rakan dimaktab yang telah lama ditutup dan ditinggalkan, sayu rasa hati kami kerana kita senasib dengan mereka.
Pada Disember yang lepas kami tidak berkesempatan singgah di maktab tetapi dengar khabarnya ada teman kita yang ke sana sesudah perjumpaan di Teluk Bahang. Kami paparkan kembali gambar bahagian hadapan maktab yang satu ketika dulu amat gah dan indah buat tatapan semua.


Sunday, May 4, 2008