SPM: Pelajar Maahad Muhammadi dapat 20 A
KOTA BHARU, 12 Mac: Pelajar Sekolah Menengah Agama Maahad Muhammadi Perempuan, Kota Bharu, Nik Nur Madihah binti Nik Mohd Kamal menjadi pelajar terbaik SPM tahun ini apabila mendapat 20A iaitu 19 A1 dan1 A2.
Seorang lagi pelajar sekolah yang sama, Nurfarah Aisyhah binti Nazim pula mendapat 17A dalam keputusan peperiksaan SPM yang diumumkan hari ini.
Maahad Muhammadi adalah salah sebuah sekolah yang ditadbir terus oleh kerajaan negeri Kelantan melalui Yayasan Islam Kelantan (Yik).
Nik Nur Madihah, adalah anak nelayan dari Kampung Sabak, Pengkalan Chepa menerima slip keputusan tersebut daripada anggota Exco kerajaan negeri, Ustaz Mohd Amar Abdullah di sekolah tersebut hari ini.
Kita tunggu samaada beliau akan mendapat pengiktirafan oleh Kementerian Pelajaran atau sebaliknya.. (Rujuk Kes Siti Fatimah 2 tahun lepas)
Kecemerlangan akademik sering jadi sebutan dan sanjungan. Malangnya kebanyakan umat Islam hanya pentingkan kecemerlangan duniawi semata-mata. Seseorang pelajar dinilai dengan jumlah A yang mampu mereka raih tapi pelajar2 ini tidak ditekankan kepentingan mendalami dan cemerlang dalam ilmu agama lebih dari sekadar ibadah khusus, makanan dan pakaian sahaja.
Kita juga pernah disajikan dengan pelajar termuda mendapat PhD - tak silap student UTM berumur (25 atau 26 tahun) tapi pelajar2 itu hanya canggih bab akademik sahaja.
Ibu bapa mungkin memukul anak jika tak ke sekolah tetapi adakah anak akan dipukul jika tak hadiri usrah, tazkirah atau apa jua majlis ilmu yang mana menuntutnya jatuh wajib sebagaimana hadis - thalabul ilmu faridatan 'ala kulli muslim - menuntut ilmu diwajibkan atas setiap umat Islam.. Mungkin yang difahami hanya ilmu duniawi supaya berjaya meraih banyak A, dapat masuk jurusan yang disukai, meraih pangkat dan gaji besar..
bayangkan jika asyik kejar ilmu dunia tiba-tiba ajal menjemput... sedangkan mengejar ilmu akhirat hanya dilakukan bila free atau bermusim sahaja...
Kehidupan duniawi ini adalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah2 diantara kamu serta berbangga2 tentang banyaknya harta dan anak... (Surah Hadid ayat 20)
* email yang aku dapat: sangat menarik untuk dikongsi bersama....
RENUNG-RENUNGKAN DAN SELAMAT BERAMALLLL....
No comments:
Post a Comment