Salam untuk semua member, setelah mendapat feedback yang agak baik dari rakan-rakan tak kira dimana anda berada. Maka telah dipersetujui untuk diadakan perjumpaan / gathering / reunion atau apa-apa je lah yang hendak dipanggil pada Bulan Dis 2009 di Pulau Pinang.
Tempat dan Tarikh masih belum ditentukan. Apa-apa cadangan dan buah fikiran amat dialu-alukan.
kami juga telah menyenaraikan nama-nama rakan dan pasangan yang telah bersetuju untuk hadir. List akan dikemaskini selalu ..
Memandangkan projek ini diadakan secara santai maka mana-mana rakan2 walau dulunya bersama kita di MPSP tp kemudiannya dah berpindah ke maktab lain atau berhenti separuh jalan atau rakan serumah tapi berlainan batch pun dialu-alukan.
Kita berharap untuk menghidupkan kembali silaturrahim antara kita.
Semoga segala perancangan dan perlaksanaan program ini akan dipermudahkan ...
Thursday, April 30, 2009
Perjumpaan ExMPSP ...
Thursday, April 23, 2009
L....D.....P...
Tuntutan LDP adalah sekurang-kurangnya 7 kali setahun. Jika kita telah diminta hadir untuk ke mana-mana kursus diluar sekolah maka jangan dilupakan kad kehadiran LDP.
Kad ini perlu dibawa bersama dan dapatkan pengesahan kehadiran dari pegawai berkenaan.
Jika sudah cukup bilangan harinya .. perlukah kita hadir ke LDP yang diadakan di sekolah ???
Wednesday, April 22, 2009
NUTP Health Care ...
Bagi kita penjawat awam, Hospital kerajaan adalah Hospital Panel kita. Nak pergi ke private hospital, pasti kita berkira tentang bayaran yang bakal dikeluarkan.
Jika kita ber'wang', ini hanya kisah kecil dan tak perlu diambil peduli kerana duit bukan isunya.
Namun jika kita inginkan yang terbaik pasti ada kos yang perlu dikeluarkan. Jika kita berkira tentang duit jangan peningkan kepala dengan kad kesihatan ini.
Tetapi jika kita beranggapan yang jika kita saling membantu maka ia akan menjadi penting. Jika kita sekeluarga ( suami, isteri dan 5 anak), kita akan membelanjakan sebanyak RM RM102.00 sebulan untuk kad kesihatan ini.
Yang tidak syoknya, duit ini dikira hangus !!
Bagi pembedahan Tonsil biasa tanpa komplikasi - kita membayar RM3800
Maksudnya kita membayar menggunakan 37 bulan (3 tahun) bayaran kita.
Bagi pembedahan akibat kemalangan yang melibatkan tulang paha patah di dua bahagian - kita akan membayar RM19,000 bersamaan dengan 187 bulan (15 tahun setengah) bayaran kita.
Bila kita ditimpa musibah dan memerlukan rawatan segera, berapa banyak yang telah kita bayar saban bulan dan berapa lama kita telah membayar tidak pernah ditanya. Segala perbelanjaan itu akan ditanggung oleh pihak insuran. Kita sebenarnya menggunakan dana yang dicarum oleh semua orang bagi melunaskan bayaran ini.
Kita saling membantu antara satu sama lain secara tidak kita sedari. Jika hari ini kita sihat, biarlah duit itu membantu orang lain. Bila kita memerlukan, kita pula yang akan dibantu.
Tiada komisen atau insentif yang terlibat ketika mempromosikan kad kesihatan ini ...
Ini hanya sebahagian kisah kita dan rakan cikgu yang lain.
Dapatkan maklumat disini : NUTP HEALTH CARE
Lihat senarai Hospital Panel
Monday, April 20, 2009
Kita di mana?
Kongres Kesatuan Guru-Guru Dalam Perkhidmatan Pendidikan
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Besar Malaysia
Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia
Majlis Pengetua Sekolah Menengah Conforming
Kesatuan Guru-Guru Sabah
Kesatuan Kebangsaan Guru Lepasan Maktab Semenanjung Malaysia
Sarawak Teachers' Union
Kesatuan Guru-Guru Melayu Malaysia Barat
Persatuan Guru Bumiputera Sarawak
Kesatuan Guru-Guru Malaya
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Agama Malaysia Barat
Gabungan Majlis Guru Besar Malaysia
Persatuan Pegawai Perkhidmatan Pelajaran Siswazah
Kesatuan Kebangsaan Guru-Guru Sekolah Tamil
Persatuan Pengelola Pendidikan Sekolah-Sekolah Malaysia
Kesatuan Guru-Guru Kerajaan Sabah
Kesatuan Pegawai-Pegawai Semenanjung Perkhidmatan Pendidikan Sarawak
Ini adalah antara kesatuan guru yang wujud di Malaysia. Kita para Guru yang seramai 381,825 (sehingga 2008) diwakili oleh mereka. Namun yang teramai ahlinya sudah pasti KPPK atau NUTP dengan keanggotaan seramai 150,000 ahli.
Secara kasarnya 39.2% guru di Malaysia adalah ahli kepada badan ini. Apa signifikannya menjadi ahli kepada kesatuan-kesatuan ini?
Apa perlunya menyumbang yuran saban bulan jika tiada apa yang mampu dibuat untuk membela ahli?
Tanyalah wakil-wakil sekolah anda yang berperanan untuk menjadi penghubung kepada kita dan kesatuan.
Tanyakan juga tentang skim-skim insuran yang ada.
Apa hak kita yang perlu kita tahu dan
apa agaknya isu2 semasa yang sedang diperjuangkan.
Banyak perkara remeh yang tak mampu untuk kita tangani secara sendirian dan jika kita mendiam diri mungkin kita berada dalam kerugian.
Tepuk dada tanyalah selera .....
Perubahan sistem ...
KUALA LUMPUR: Mulai 2015, prestasi murid sekolah rendah tidak akan lagi dinilai sepenuhnya berdasarkan keputusan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) kerana peperiksaan itu hanya mewakili 30 peratus daripada markah keseluruhan murid.
Ketua Pengarah Pelajaran, Datuk Alimuddin Mohd Dom, berkata perubahan itu selaras dengan pelaksanaan sistem penilaian baru murid sekolah rendah yang akan diperkenalkan pada 2010.
Menerusi penilaian baru menggunakan sistem pengumpulan mata seperti di institusi pengajian tinggi (IPT) itu, markah yang diperoleh murid dari Tahun Satu hingga Enam akan dikumpul dan dikira bagi menentukan pencapaian murid sepanjang tempoh itu.
Mengikut perancangan, UPSR mewakili kira-kira 30 peratus daripada markah keseluruhan yang akan digabungkan dengan empat penilaian lain iaitu psikometrik (kecenderungan dan sikap), kokurikulum, peperiksaan sekolah dan peperiksaan kementerian.
Alimuddin berkata, mulai 2010 semua murid Tahun Satu di seluruh negara akan menduduki peperiksaan seragam yang disediakan Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM). "Bagaimanapun, sekolah masih diberi kuasa menyediakan soalan bagi peperiksaan peringkat sekolah untuk memberi keadilan kerana tidak semua murid mempunyai pengetahuan sama," katanya ketika dihubungi Berita Harian.
Beliau berkata, buat permulaan 50 sekolah rendah termasuk di luar bandar dipilih menjalani sistem penilaian baru itu tahun ini sebelum diperluaskan kepada 500 sekolah, tahun depan.
"Kami akan melihat perkembangan di sekolah terbabit untuk tempoh dua tahun dan melakukan penambahbaikan yang difikirkan sesuai sebelum dilaksanakan kepada semua murid Tahun Satu di seluruh negara pada 2010.
"Jadi, tempoh sebenar kumpulan pertama murid yang akan menduduki UPSR di mana markahnya hanya mewakili sekitar 30 peratus berbanding 100 peratus ketika ini adalah pada 2015," katanya.
Ditanya sama ada UPSR akan dimansuhkan, beliau berkata, perkara berkenaan akan ditentukan selepas tempoh dua tahun kajian projek perintis itu selesai dilaksanakan pada penghujung tahun depan.
"Kalau ada pandangan bahawa UPSR sudah tidak sesuai selepas kami memperkenalkan sistem penilaian baru nanti, maka ia akan dibincangkan dan diputuskan kemudian," katanya.
Murid tahap satu dinilai berdasarkan tafsiran sekolah secara 100 peratus termasuk dalam ujian, aktiviti dan tingkah laku. Pada tahap dua pula, 70 peratus penilaian ditafsir sekolah membabitkan aktiviti, jasmani dan kokurikulum, manakala bakinya melalui penafsiran pusat, termasuk peperiksaan LPM.
SUMBER BERITA HARIAN