Selepas 15 tahun berpisah, akhirnya bertemu dengan saudara Halim teman serumahku ketika di MPSP. Saya berkesempatan mengunjungi rumah Halim di kampung mertuanya di Hutang Melintang.
Wajahnya masih macam dulu juga, tak banyak berubah, cuma badannya bertambah gempal. Aku dan keluarga tiba di rumahnya petang hari raya ke-5. Memang seronok berborak mengimbau kembali memori ketika bersama di maktab. Halim macam dulu juga tak henti-henti bercakap menceritakan kisah keluarga dan kerjaya.
Sebelum pulang, Halim membawa aku dan keluarga melawat jeti Kg. Kota yang digunakan oleh penduduk setempat menyeberang Sungai Bernam untuk ke pekan Sabak Bernam.
Aku dan keluarga mengucapkan terima kasih atas layanan saudaraHalim dan keluarga kepada kami. Semoga pertemuan ini akan mengeratkan lagi tali persahabatan dan terus terjalin. Jemputlah datang ke tempat kami pula. Kami sedia menanti dengan berbesar hati.
Tuesday, September 29, 2009
Raya Lebih Bermakna Selepas 15 Tahun Tak Bertemu
Monday, September 28, 2009
SUPRISE EID MUBARAK DAN REUNION
Salam aidilfitri buat semua...
Hari raya ketiga merupakan reunion pertama kami Zainabian badge SPM 1990 di DeBayam Food Village,Jalan Bayam,Kota Bharu.Bermula jam 5 petang hingga 7 malam.Aku merupakan orang keempat terawal sampai.Berdebar-debar juga memikirkan rupa paras geng-geng lama walaupun kami berlainan kelas.Hanya aku dan kawan baikku wakil tunggal dari 5 Sains 2.Tapi kerana kawan lama kami sanggup tunggu dan tunggu.
Semuanya berada di luar jangkaanku.Dalam bulan puasa,aku cuba untuk menghubungi rakan sesekolah,saudara sebelah ayahku dan juga rakan semaktab di Point 8,iaitu Azlina Abdul Malik atau lebih mesra dipanggil McNa.Tapi hampa.No phone rumahnya telah bertukar kepada no phone sebuah company.Harapanku hampa belaka.
Doaku di hari raya dimakbulkan Allah apabila di hari bertuah hari raya ketiga dapatku bertemu semula dengan Na.Terima kasih Allah!Kami sempat bertukar no phone dan e-mail.Beliau mengajar di SK Parang Puting,Pengkalan Chepa,Kelantan dan sudah mempunyai empat orang cahayamata.Masih comel dan warna merah tetap menjadi pujaan hatinya.
Seorang lagi rakan semaktab telah berjaya dijumpai dalam keberkatan hari raya ketiga.Alhamdullilah.
Friday, September 18, 2009
Thursday, September 10, 2009
Mengapa tak berjawab..
Jika tidak berjawab anda tidak diberi kebenaran untuk masuk ke blog sulit.
haz 73 ucukps innie71 mk.vani saiful_hadi73 philom_pereira ssraytd09
Email hari ini ..
Hari ini ada tiga email yang diterima dari 3 rakan yang berbeza.
Kami di admin cuba mengemaskini maklumat yang diberi secepat dan setepat mungkin.
Email 1 datangnya dari saudara Mardis dan Parveen di Kulim.
Maklumat telah diupdate di blog sulit.
Email 2 datangnya dari rakan .7 iaitu sdri Zahariah Zainal Abidin.
Benar .. saat di MPSP memang kekal indah dalam ingatan.
Email 3 datangnya dari senior kita batch 9193 iaitu sdra Md Amin Md Taff yang kini berkhidmat sebagai pensyarah di UPSI. Beliau mencari rakan-rakan dari kelas .5 dan sebatch dengannya.
Turut disertakan nombor telefon En Mansor yang kini berada di MP Tunku Bainun. TQ dari kami kerana maklumat ini.
turut diupdate di blog sulit.