Monday, September 28, 2009

SUPRISE EID MUBARAK DAN REUNION

Salam aidilfitri buat semua...

Hari raya ketiga merupakan reunion pertama kami Zainabian badge SPM 1990 di DeBayam Food Village,Jalan Bayam,Kota Bharu.Bermula jam 5 petang hingga 7 malam.Aku merupakan orang keempat terawal sampai.Berdebar-debar juga memikirkan rupa paras geng-geng lama walaupun kami berlainan kelas.Hanya aku dan kawan baikku wakil tunggal dari 5 Sains 2.Tapi kerana kawan lama kami sanggup tunggu dan tunggu.
Semuanya berada di luar jangkaanku.Dalam bulan puasa,aku cuba untuk menghubungi rakan sesekolah,saudara sebelah ayahku dan juga rakan semaktab di Point 8,iaitu Azlina Abdul Malik atau lebih mesra dipanggil McNa.Tapi hampa.No phone rumahnya telah bertukar kepada no phone sebuah company.Harapanku hampa belaka.
Doaku di hari raya dimakbulkan Allah apabila di hari bertuah hari raya ketiga dapatku bertemu semula dengan Na.Terima kasih Allah!Kami sempat bertukar no phone dan e-mail.Beliau mengajar di SK Parang Puting,Pengkalan Chepa,Kelantan dan sudah mempunyai empat orang cahayamata.Masih comel dan warna merah tetap menjadi pujaan hatinya.
Seorang lagi rakan semaktab telah berjaya dijumpai dalam keberkatan hari raya ketiga.Alhamdullilah.

1 comment:

Adiana said...

Syabas ye Is .. berjaya jumpa sorang lagi exMPSP 9294.
Post her email n cntact number .. bole diupdate di blog sulit.