Sunday, November 29, 2009

Kunjungan yang dinanti ..

Setelah kali terakhir bertemu pada 30 Oktober 1994 .. (itu tarikh perkahwinan kami), kami tidak pernah bersua muka dan berhubung kecuali pada tahun 1998 kami bertembung secara tidak sengaja ketika di Bangi.
Kemudiannya, tiada khabar dan berita yang didengar walau beliau berasal dari Melaka dan suaminya juga orang Melaka. Terima kasih kerana Baiti telah dapat mencari contact number beliau maka terjalinlah semula persahabatan ini.
Orangnya masih sama, slimnya pun masih maintain dan senyumnya tetap sweet. Kunjungan bersama suami dan baby comelnya ini cukup bermakna. Semoga persahabatan ini akan kekal berpanjangan.

Kami

Teruja nak bergambar si kecil comel ni ..

Permata hati Pn. Salbiah dan En. Yazid ..

Kak Sal, hubby and baby comel Nurin Batrisyia..

No comments: