Sunday, May 16, 2010

Saat sukar seorang sahabat..


Sahabat kita ini sedang berjuang melawan penyakit kanser yang dihadapinya. Penyakit ini kini telah berada di tahap 4 dan rawatan kimo beliau masih diteruskan.

Betapa sukar dan beratnya dugaan ini buat Kak Melati sekeluarga. Tiada apa yang mampu kita lakukan selain dari mendoakan beliau cepat sembuh dan menghulurkan sedikit bantuan bagi meringankan bebanan beliau sekeluarga.

Kak M masih bersemangat untuk melawan penyakit ini demi anak-anak dan suami. Sebagai rakan yang mengenali beliau, marilah kita berganding bahu menghulur sedikit dari limpahan rezeki yang ada untuk membantu beliau membiayai kos perubatannya.

Sesungguhnya beliau tidak pernah berkata apa-apa tentang hal ini, jauh sekali beliau memohon apa-apa dari kita namun atas keprihatinan saudara Harif dan isteri (Ros) niat baik ini dapat dilaksanakan.Kita masih boleh membantu selagi kita berdaya kerana teman dan sahabat bukan hanya diwaktu kita senang dan bahagia. Sahabat dan teman sejati akan turut merasai kesusahan dan derita orang lain.

Jika suatu waktu dahulu, beliau adalah rakan kita bergurau senda kini saat itu mungkin sukar untuk kita ulangi,
Jika suatu waktu dahulu, keceriaan dan gelak tawa mengelilingi kita dan dia.. kini segalanya telah jauh berubah.
Jika dulu wajah-wajah ceria memenuhi ruang pandangan kita, kini wajah duka yang sarat menanggung derita berada disana...

Buat rakan-rakan, bantuan anda walau sekecil mana sekalipun . didahului dengan ucapan terima kasih dan semoga segala kebaikkan ini akan dibalas dengan kebaikkan jua..

Bantuan dan sumbangan rakan-rakan semua boleh disalurkan ke..
akaun Bank Islam, No. akaun 09010020217878 atas nama M Melati.

Terima Kasih semua...

Selamat Hari Guru..

Selamat Hari Guru untuk semua guru-guru.
Saban tahun itulah ucapan yang kita terima, tanda menghargai usaha dan tugas kita mendidik.
Moga kita akan terus dikurniakan kesihatan yang baik dan kekuatan fizikal serta mental untuk meneruskan misi mendidik ini.
Tanpa dirai pun kita tetap akan mendidik,
tanpa ribuan ucap selamat pun kita akan terus melangkah gagah.
Tanpa huluran hadiah pun kita tetap melaksanakan tuntutan tugas kita ini.
Ini bukan misi untuk sehari tetapi ia misi kita selagi kita berada di dalam profesion ini.
Buat rakan-rakan guru, Selamat Hari Guru ..

Sunday, May 2, 2010

Perjumpaan Nov/Dis 2010 ~Part 1 ..di mana?

Geng utara telah bersetuju untuk menganjurkan perjumpaan semula pada cuti akhir tahun nanti.
lokasi cadangan yang telah diberi adalah seperti berikut :

Lokasi 1: Tasik Merah
~ Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Lokasi 2: Teluk Senangin @ Senangin Bay (Lumut, Perak)
~ Lokasi di tepi pantai dan jika ingin maklumat sila klik di sini.

Sila ...
~Pilih lokasi yang anda pilih dan tinggalkan jejak (nama ) diruangan komen.
Terima Kasih atas usaha anda membantu menjayakan perjumpaan ini.

Pemilihan lokasi adalah berdasarkan undian yang akan dijalankan di blog ini. Setelah selesai pemilihan lokasi, AJK akan ditubuhkan.

Setelah gagal pada tahun lepas, kami berharap perjumpaan kali ini akan menjadi kenyataan.

Permintaan kepada penganjur :
1. Buat sebelum bermula proses 'marking' utk paper SPM.
2. Ambil kira tarikh kuliah USM kerana ada member @ isteri / suami sedang belajar.