Saturday, May 10, 2008

KITA dibela??

Salam kengkawan...Dewa nak mewujudkan konflik disini,nak provok. Dewa nak lihat respond kengkawan. Adakah setelah berbelas tahun menjadi guru korang semua masih macam dimaktab atau dah berubah. Skop kita hanya di KPM sahaja,sebab sepanjang pemerhatian Dewa kementerian lain OK sikit. Apa pandangan korang bila Dewa kata kita di KPM tak tahu buat kerja. bermula dari atas sampailah kepaling bawah. korang setuju tak? kalau setuju kenapa dan kalau tak setuju kenapa?jawapan korang haruslah mencerminkan kedewasaan korang. kalau korang jawab macam budak maktab...Dewa pun tak tahu nak cakap apa...Dewa tunggu respond.!! ada berani ka

22 comments:

Anonymous said...

syabas dewa dari tak tau menulis tetiba pandai provok org lain. Respon ku:
1) tiada siapa dari bukan guru yang tahu kerja sebenar guru. Jika bercakap dari luar tetapi tidak pernah berada di alam ini maka jadilah pemimpin yang perancangannya on paper sngt ideal tp sebenarnya zero.Turun dan rasai sendiri apa yang dirasa oleh guru biasa yang masa mengajarnya 28 waktu x 40 minit seminggu tidak termasuk waktu relief. 2 kali kelas tambahan seminggu. Perjumpaan Koku pula seminggu sekali selama 1 1/2 jam maka jgn kata jadi guru rileks dan mudah. Sebenarnya kerja menuding kesalahan jauh lebih mudah dari tugas mengajar kita. Malahan kerja pemantauan pihak atasan pun saya rasa jauh lebih menyeronokkan.
2) Jika dilihat dari sudut terbela ... boleh dikira jauh panggang dari api. Guru dipersalah atas gagalnya sistem kita membentuk generasi masa depan tp masalah ratio murid guru dah ada sejak puluhan tahun dahulu. Adakah telah cuba diatasi? Guru kini berdepan dengan kapasiti sehingga 45 org bagi satu kelas di sekolah menengah ... masalah sapa yek ni? Rasanye kalau benda basic seperti ini masih berterusan .. terbela apanya .....

Anonymous said...

Dewa, rasanya betul juga jika diskusi ni pada dasarnya kita lihat dalam keluarga KPM dulu sebelum kita dapat membandingkan dgn keluarga di Kementerian lain. Isu cikgu gaji DG41 lebih rendah dr gaji DG32 pun tak dapat diselesaikan ... sedey betul tu .. kira ok le kalau dilabel lembab + tak tau buat kerja.

Anonymous said...

Yang bawah mendapat arahan dari yang atas. Kalau kepala dia dah kureng yang diekor jadi apa? Ada akai pikir sendri.

Anonymous said...

Betul tu sebelum boleh mmbanding diri dgn kementerian lain, isu dalaman kita bnyk yang dah jadi kulat masih gagal diatasi. Konon mndabik dada diantero asia pasifik yang negara kita sistemnya wajar dicontohi tp hakikat sebenar asyik cuba ditutup. Yang berjaya tu di besarkan, yang gagal tidak boleh disentuh.

dewadurjana said...

mmm kalau u all kata kita pandai mengajar dan penat bekerja..itu maknanya kita hanya layak menjadi GURU sahaja...tak boleh mentadbir langsung.sebab yang kasi problem kat kita ialah pentadbir(bukan GB atau GPK tau) pentadbir yang lebih luas yang lebih atas..kalau betul dewa kata kita tak pandai mentadbir SO salahkan cadangan meletakan PTD di sekolah???

dewadurjana said...

mmm kalau u all kata kita pandai mengajar dan penat bekerja..itu maknanya kita hanya layak menjadi GURU sahaja...tak boleh mentadbir langsung.sebab yang kasi problem kat kita ialah pentadbir(bukan GB atau GPK tau) pentadbir yang lebih luas yang lebih atas..kalau betul dewa kata kita tak pandai mentadbir SO salahkan cadangan meletakan PTD di sekolah???

Anonymous said...

Ini bukan kes perlu bawa masuk PTD atau tidak tetapi lebih kepada gagalnya menyelesaikan isu sedia ada. Jika kronologi naik pangkat bermula dengan seorang guru yang hebat (bukan setakat mengajar) dalam setiap segi-mnjd pegawai di jab dan seterusnya maka kita akhirnya akan dpt bos yang hebat. Tetapi senario kini berbeza, yg kureng tu ditawar pelbagai jawatan atas pelbagai alasan .. maka jadilah kelak bos kureng. Apa yang guru hadapi disekolah akibat kelemahan dasar sedia ada bukan salah GB/pengetua tetapi salah pembuat dasar yang mahu semua benda hebat on paper, berkesan atau berjaya tidak diambil kira. Itu realiti yang berlaku dan kekacauan/kegagalan ini tak pulak nak dibincang secara terbuka.

Adiana said...

Nyata pemikiran kita berada dalam perspektif yang berbeza. Sebagai guru BIASA saya nyata bersetuju dgn 3 komen anonymous (ann.)kerana apa yang kita utarakan adalah apa yang berlaku dibawah ruang litup seharian kita. Bak umpama seekor burung kita mampu melihat dan mentafsir dgn baik apa yang kita dapat lihat dibawah kita. jika kita seekor helang (perumpamaan utk bos-bos besar di atas sana)maka lebih luas pandangan dan perspektif kita melihat sesuatu dan mungkin lain dari seekor burung merbok yang terbangnya lebih rendah dan mungkin juga dari burung puyuh yang banyak masanya di atas tanah. Disini rasanya tiada komen yang boleh kita kategorikan sebagai dangkal atau cetek kerana setahu saya bagi saudara dewa yang telah berada di kementerian agak lama ... mungkin isu guru di dalam bilik darjah hanyalah isu enteng yang masih gagal ditangani. Bagi kami guru biasa nampaknya KPPK lebih memperjuangkan guru dari kementerian sendiri yang tak sudah2 ... malas nak habiskan ayat.
** untuk ann. 2, kita senasib nampaknya.

dewadurjana said...

mana orang lain?? takan tak berani?

Adiana said...

entah .. dah surrender ke apa?

'Manis' said...

Betul la tu adiana..Well gaji memang tak boleh nak cakap le...Aku le salah seorang.Sambung belajar macam nak untung ilmu tapi...sampai la ni isu gaji aku nak kena cerita panjang kat kerani sek.Macam nak perang aku gaduh ngan kerani kat JPWP.7 bulan aku tak dapat gaji.Kerja kita memang tak setimpal dengan jerih peluh yg dikeluarkan.Isu naik pangkat tak payah la nak cerita.Macam-macam ada.Tapi dari segi pahala banyak le..dari kerja kerani,doktor,tukang cerita,tukang kebun semuanya tak de masalah.Tapi kerja guru sekarang lebih mencabar....so...

dewadurjana said...

mmm Iswani..klu tak silap english teacher ni...yang paling glamour lah masa kat colleage...u got point..,..any comment??

Roden said...

salam.. dan selamat Hari Guru kekawan semua....
kalu kita citer bab bab profesion cikgu sampai kiamat pun x habis,

Aku memang setuju apa yang zana tulis tu, pengalaman aku memang seksa dengan jabatan pendidikan dan Kementerian dulu terutama bila aku habis degree dulu.. aku siap hentak meja kerani.. sebab dia kata degree aku tak diiktiraf.. memang tak guna betul orang jabtan dan kementerian (sorry, bukan nak jaga kebajikan dan menyelesaikan masalah cikgu.
Akhirnya aku guna persatuan guru untuk bantu aku(KGGLM).. tapi aku memang sakit hati.. sampai sekarang masih berbekas..

Untuk menunjukkan degree aku ni laku, aku apply jawatan lain.. walaupun aku puas tapi aku agak terkilan jugak sebab aku sebenarnya sayang kat profesion cikgu ni, tapi nasi dah jadi bubur...

cikgu ni aku tengok ada macam2 kategorila bro, ada yang memang bersungguh-sungguh, ada yang harap cukup bulan jer ambik gaji, ada yang kaki ponteng, ada yang malas, ada yang pukul 1.30 cepat-cepat nak balik...

Kita tanya pada diri kita sendiri, kenapa kita jadi cikgu? terpaksa, suka atau x de keje.. soalan cam ni jugak aku selalu tanya kat bebudak houseman (doktor pelatih) kenapa mereka nak jadi doktor? akhirnya ramai yang tak tau kenapa mereka nak jadi doktor..

Memang, kalau dibandingkan dengan profesion lain di lain-lain Kementerian, cikgu ni agak terpinggir dan dianak tirikan... namun begitu aku tetap seronok dulu jadi cikgu.. dari segi kenaikan pangkat, kebajikan, beban tugas memang teruk...

namun begitu, aku ingat apa orang tua aku kata, tugas cikgu ni baik, dapat pahala banyak...
dan, walaupun anda kurang mendapat ganjaran di dunia, aku yakin dan percaya pahala cikgu lebih bayak daripada pegawai-pagawai lain di Kementerian Kerajaan lain...
dan pada waktu itu lah, bahawasanya ganjaran yang anda tidak dapat dan tidak lihat betul-betul banyak membantu anda di akhirat kelak..
InsyaAllah...

Apa-apa pun, aku bangga dengan kalian semua..

Selamat Hari Guru

Anonymous said...

Betul tu Din, biarlah pahala dan rezki yang kita dpat ni dipanjangkan pada anak2. Amin .....

dewadurjana said...

mmm Din..kalau kira tak iktiraf untuk pengetahuan semua Dewa dan Din macam sama kes jer.,tapi Din Allah tolong dia awal sikit, sebab tu dapat keje kat tempat lain..aku belum bertukar kemana2 lagi walaupun dah dekat nak buat PhD...tapi sama macam Din depa kat tak ikitraf..dalam hati aku kata korok mu..tapi demi maruah aku diamkan ja...untuk pengetahuan semua kalau ada rezeki Dewa akan buat Phd akhir 2009 tapi dewa masi DGA29..haaa best tak jadi DGA29 yang ada PhD??? pada pendapat aku lantak korang lah tak nak iktiraf aku..aku tetap akan belajar sebab aku yakin dengan janji Allah. sebab tu aku buka bab ni untuk dibahaskan..kalau korang nak belajar sebab nak naik pangkat , baik korang hentikan niat murni korang tu...TAPI kalau korang belajar sebab korang cintakan ilmu teruskan walaupun satu hari terpaksa keluar dari GURU..tapi korang tetap guru. Sejak 2001 aku berada di kementerian dan aku lihat memang betul orang dikementerian tak tahu buat kerja walau pun aku sendiri berada dalam kementerian aku tetap mengakuinya cuma SATU yang korang mungkin terlupa....bila aku kata kita tak tahu buat keje..merujuk kepada kementerian yang akhirnya merujuk balik kepada kita SEBAB...SEMUA pegawai di kementerian adalah merupakan SEORANG guru..kalau bukan guru TAK boleh kerja dikementerian. Itu syarat utama nak keje kementerian (bukan kerani tau pegawai)..so soalannya kenapa guru yang kerja dikementerian tak boleh nak usaha bela guru juga??PPD juga seorang guru, JPN juga seorang guru semua pegawai dikementerian adalah guru...sebab tu lah ada sambutan hari guru. tapi aku pelik kenapa tak boleh buat keje bila jadi pegawai..ADAKAH ini bermakna guru hanya layak mengajar tak boleh mentadbir???

dewadurjana said...

mmm Din..kalau kira tak iktiraf untuk pengetahuan semua Dewa dan Din macam sama kes jer.,tapi Din Allah tolong dia awal sikit, sebab tu dapat keje kat tempat lain..aku belum bertukar kemana2 lagi walaupun dah dekat nak buat PhD...tapi sama macam Din depa kat tak ikitraf..dalam hati aku kata korok mu..tapi demi maruah aku diamkan ja...untuk pengetahuan semua kalau ada rezeki Dewa akan buat Phd akhir 2009 tapi dewa masi DGA29..haaa best tak jadi DGA29 yang ada PhD??? pada pendapat aku lantak korang lah tak nak iktiraf aku..aku tetap akan belajar sebab aku yakin dengan janji Allah. sebab tu aku buka bab ni untuk dibahaskan..kalau korang nak belajar sebab nak naik pangkat , baik korang hentikan niat murni korang tu...TAPI kalau korang belajar sebab korang cintakan ilmu teruskan walaupun satu hari terpaksa keluar dari GURU..tapi korang tetap guru. Sejak 2001 aku berada di kementerian dan aku lihat memang betul orang dikementerian tak tahu buat kerja walau pun aku sendiri berada dalam kementerian aku tetap mengakuinya cuma SATU yang korang mungkin terlupa....bila aku kata kita tak tahu buat keje..merujuk kepada kementerian yang akhirnya merujuk balik kepada kita SEBAB...SEMUA pegawai di kementerian adalah merupakan SEORANG guru..kalau bukan guru TAK boleh kerja dikementerian. Itu syarat utama nak keje kementerian (bukan kerani tau pegawai)..so soalannya kenapa guru yang kerja dikementerian tak boleh nak usaha bela guru juga??PPD juga seorang guru, JPN juga seorang guru semua pegawai dikementerian adalah guru...sebab tu lah ada sambutan hari guru. tapi aku pelik kenapa tak boleh buat keje bila jadi pegawai..ADAKAH ini bermakna guru hanya layak mengajar tak boleh mentadbir???

Anonymous said...

cayalah kalau ada PHD tp maintain DG29 .. teruk lagi nampaknya dari kami yg jd cikgu biasa ni. At least dah merasa juga ke DG41 dan coming tu 44. Apapun dewa kalau mu dok kat kementerian pun tak leh nak buat apa, maknanya apa pula yang boleh kami kata sebagai guru biasa ni.. Nasib le kita dapat dok kat kementerian yg cacamarba ni.
Tahniah juga untuk kawan-kawan kita yg dah DG41 tp memangku jawatan DG32 hakiki (pentadbir di sek. rendah)...Tahniah sbb pangku jawatan lebih rendah. Yang kelakar tu bila ditanya pasal jawatan ni kat org jab. Depa pun tak leh nak jawab.

dewadurjana said...

so sebab tu berbanyak lah bersyukur kepada Allah..korang semua dah naik pangkat dan gaji ..aku masih macam mula2 keluar maktab dulu.Tapi usaha aku dah sampai oversea..buku yang aku hasilkan dah orang luar negara pakai...cuba korang cek kat sekolah buku ICTL untuk Y1, Y2,Y3 dan coming Y4...ada tak..sebab semua sekolah yang ada makmal ICT sure dapat 2 salinan. itu aku punya projeklah bro!

Anonymous said...

Syabas .. baik punya projek tu. Teruskan usaha. kita bekerja bukan minta ganjaran yang hebat pun tapi apa yang kita buat sekurangnya diberi sedikit penghargaan. Kalau nak gaji hebat dari dulu kita tak pilih jadi cikgu. Betul tak? Aku dok sk tak berapa tension berbanding org rumah aku ngajar sek men. Harapannya semoga segala usaha kita dirahmati dan dilimpahi rezeki sehingga ke anak cucu. Tak dapat balasan di dunia tak pe asalkan niat kita ikhlas dan dibalas kemudian.

dewadurjana said...

bab hal balasan akhirat lah semua guru asyik kena tindas...kita terlalu baik hingga hak kita orang ambil pun tak pa..nanti akhirat depa terimalah balasan..kan ...mmm aku bukan tak percaya balasan tuhan di akhirat tapi aku risau bila cikgu nak berdiri tegak dan tegas!! dah berapa banyak kes guru kene perlekeh dengan mak bapak pada hal anak dia yang kita ajar kenal ABC...kita ni baik tak bertempat. nak berjuang isu rotan pun kita tak mampu..last2 cikgu juga yang kalah ..jangan rotan budak2...KESIANNNN..kecik lagiiii...

Roden said...

Salam...
Bro, aku cadangkan ko apply jadi lecture kat mana2 IPT, sekarang ni IPT tumbuh macam cendawan, aku yakin tak de masalah dengan kelulusan ko tu...

Buat kekawan yang nak sambung belajar, teruskan usaha.. tapi ko orang kena ingat, walaupun kita dah ada Master atau Phd, kita tetap x dijanjikan apa2 kenaikan gaji dan pangkat... Sebab kelayakan untuk menjadi Pegawai kerajaan hanyalah degree jer.. Melainkan doktor, belajar Master terus jadi pakar, hampeh betul walaupun master entah apa2....

Sebab tu bila ko orang nak belajar, ko orang jangan mengharap apa2 balasan di dunia ini....

Kepada Dewa, teruskan niat ko nak ambik Phd pada 2009.. aku entah lah, macam nak ambik, sebab aku ada peluang utk dapat biasiswa persekutuan setiap tahun, tapi bila pikir pikir balik, malas la pulak...

Sebab aku ambik Master Health Science ari tu pun, apa pun tarak... Dah la susah nak mampus, kita ni budak sastera, kena belajar sains, paham2 jer la.. memang tersiksa...

Apa-apa pun utk korang yang dah DGA41, tahniah dan aku dengar, kerajaan dah permudahkan ko orang utk naik 44... Syukur la..

mkvani said...

hi member2 ku yg lama. this is kogi from .7 harap semua bahagia and happy. do drop me a mail or visit.