Kekawan yang pernah tinggal di Sungai Pinang masih ingat tak lagi gambar ini. Kalau tak silap aku gambar ini diambil malam sebelum malam penutup minggu pengurusan. Pada masa itu semua pelatih baru dikehendaki tidur di maktab kerana diadakan majlis Qiamullai. Malam itu majlis habis dekat pukul satu pagi. Baru nak terlelap, beberapa orang senior telah mengejutkan kita penghuni di Sungai Pinang. Mereka tak puas hati dengan komplain kita tentang tempat tinggal di situ. Memangpun kita tak puas hati kerana kawasan tersebut ialah kawasan hitam(tempat dadah).
Apa lagi, dalam keadaan mamai kita kena beratur di tepi pagar. Yang tidak berbaju tu ialah Ajax, Zamri, Roden dan aku. Yang tukang ragging kita pula tu ialah Si Izham. Ajax bengang habis masa tu, dia nekad nak cari siapa senior yang meragging kita. Akhirnya, sampai semester akhir baru kita dapat kesan senior tu siapa. Rupa-rupanya Zainal punya angkara. Dalam baik-baik dia pekena kita. Aku selalu juga jumpa Zainal sekarang ni. Bila aku cerita benda ini, dia pakat sengeh aje dan katanya saje-saje aje.
Mencari kekawan dan anak murid
13 years ago
9 comments:
Gambar ni memang syahdu
cilaka punya senior...
aku memang bengang giler yang dia org..
aku sumpah x naik pangkat semua senior yang ragging aku.. ko bagitau si Zainal tu...
sabo le Din.. dah nasib kita, si izham tu pun satu.. cam bagus je.
Din, ko ingat tak lagi pada satu malam tu, geng si Azlan mintak kita sediakan makan bagi mereka. Balik dari maktab malam tu (masa tu minggu pengurusan) kita trus pi beli nasik bungkus sampai empat bungkus. waktu tu dah dekat jam 12 malam. Tunggu punya tunggu batang hidung pun tak nampak. Sampai basi nasi bungkus tu. Aku bengang betul..
salam..
Madie, Izham tu sekarang mengajor kat mana? lama x dengar berita, aku ingat sebab dia ragging kita, tu yang dia jadi bengong...
Aku ingat malam tu kita pi cari nasi, rokok sekali... x guna punya senior (anuar and the gang) kita punya la x tido malam, dah la tido kat bawah rumah (umah Makcik Bee) idup lagi ke org tua ni?
Kalau aku jumpa, memang aku luku kepala dia org...
Wei, ko ingat x mamak jual meehonn.. punya la murah, time x der duit, tu yang kita belasah, RM1.50 punyala banyak, boleh makan 2 org...
Madie, ko ingat x kita duk selalu mengendap anak makcik sebelah umah masa kat sg pinang..
huhuhuhu... baik sungguh makcik sebelah umah kita dulu..
apasal aku tak pernah dengar pun citer pasal korang hendap-mengendap ni ... woish ...woish tak leh jadik ni!! lagi apa lagi yang korang buat, cepat citer jgn nak sorok2. kih,kih,kih
huhuhuh... baik ko tanya laki ko tu..
siap mengintai celah seluar dalam yang disidai dekat cermin tingkap....
heheheh, masih kah kao ingat...
adoi .. sakit dada cam nak kena sakit jantung ni .. korang ni memang kaki ngendap rupanya.. jgn diamalkan perangai ni .. maunya kena rantai kat rumah nnti. kuang..kuang..kuang
Pikir balik tak jadilah nak rantai .. baik pasung terus kat kolong bawah rumah. ahak..ahak
habis lah ko madi ..malam ni ko akan dikerjakan..selalu ko mengerjakan kan ..heee
Post a Comment