Thursday, May 28, 2009

Ex-Pensyarah MPSP


Assalamualaikum...


Baru ini saya pergi Kursus Pengajian Am Negeri Perak di Langkawi.


Kebetulan berjumpa dengan Puan Joshephine, pensyarah ERT.


Pensyarah ERT yang Cik tu, katanya sudah berkahwin.


Beliau masih menjadi pensyarah di MP Persekutuan Pulau Pinang.


Katanya Puan Bok Beng Lee masih menjadi pensyarah di M4P.


Admint, kalau kita nak jemput lecturer kali ini, just point to Puan Joshephine


di M4P untuk mendapatkan beberapa maklumat bekas pensyarah kita.


Kata kita nak buat gathering hujung tahun ini. katakan juga maklumat ini


dapat daripada Abd.Halim Point 4 semasa kursus di Langkawi.


Makluman : Encik Shamsul Bahrin di JPN Perak merupakan Ex-MPSP 90-92.


Begitu juga Cikgu Mohd Zahidi Abdul Razak, sama saya di SMK Sungkai.


From ahhakcorp@yahoo.com

Wednesday, May 27, 2009

Satu Perubahan

Assalamualaikum... Sahabat.

Pasai pi Pankoq tu, just tukaq angin...

Kalu depa ramai nak pi Penang, tak daq masalah no...

Coz first time dah pi Penang, itu saja...

May be next time, buleh pi Pangkoq atau tempat lain pula no...



Kalu rajin pi la blog : ahhakcorp.blogspot.com

baru versi alfa.

Abd.Halim Bin Abd.Karim

Monday, May 25, 2009

Cadangan ke Pangkor ..

Salam untuk semua sahabat,

Diatas permintaan saudara Abdul Halim aka Ahhak, beliau mencadangkan agar perjumpaan 2009 ini diubah haluan ke Pulau pangkor. Memandangkan perjumpaan 2007 dulu dibuat di Penang. Disebabkan invitation awal adalah ke Penang maka kami berharap agar mendapat feedback dari rakan semua.
As our poll has been going on for quite sometime dan dah tak boleh nak diedit so .. kami membuka agar kawan2 dpt menyatakan pendapat samaada hendak ke Pangkor atau Penang di ruangan komen. Kami juga berharap agar nama sebenar dapat diguna ketika membuat komen utk memudahkan tugas editing.
Cadangan juga untuk sdra Ahhak, kalau boleh dpt dihantar pertanyaan secara sms kepada yg telah menyatakan persetujuan ( as listed ), itu lebih baik.
Nombor telefon ada di blog Profil.
Walau dimana kita tetapkan biarlah ramai yang dapat hadir dan biarlah ia menjadi perjumpaan yang disulam dengan kenangan yang indah. Semoga apa yang kita rancang akan berhasil dan diberkati.

Friday, May 22, 2009

My Story

Assalamualaikum...

Apa khabar, sahabat semua ?

Berjumpa semula hari ini coz sebelum nak mess lacture student lower six jam 10.30 pagi.

Apa kata, admind kita buat famili day di Pangkor & offer pada ex-MPSP yang lain ?

Rasanya nak send gambar. Kalau ada, keluarlah jap lagi...

From ahhakcorp

Thursday, May 21, 2009

Long Jam No C

Assalamualaikum...

Sahabat, maaf coz sibuk sikit dalam tempuh waktu terdahulu.

Baru ada kelapangan untuk joint aktif sekali lagi.

La, masih mengajar di SMK Sungkai.

Hari tu, ada contact Fadilahim di Penang. Jika tiada apa halangan kita jumpa semula reunion exmpsp 2009 coz anak perlu ambil UPSR dahulu tahun ini.

Jumpa lagi.

Abd.Halim Bin Abd.Karim
ahhhakcorp@yahoo.com
ahhakcorp@gmail.com
012-3544250

Wednesday, May 20, 2009

Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru ...

Ucap selamat yang setiap tahun kita terima, caranya mungkin berbeza saban tahun tapi tujuannya tetap sama. Memberi sedikit penghargaan atau ada yang memanggilnya pengiktirafan kepada para pendidik. Dalam mengharungi beban tugas dan tuntutan kerja yang mencabar, sedikit ingatan yang diberikan amat besar maknanya.

Walau bagaimana sekalipun sambutannya, kita masih tetap begini kerana mengajar itu tugas kita, tugas hakiki yang perlu dilunaskan setiap hari tanpa ada rasa jemu.

Selamat menyambut Hari Guru untuk semua pendidik.

Sunday, May 10, 2009

Happy Mother's Day to all mothers out there ...

Sajak Ibu - Usman Awang

IBUKU mempunyai seribu mimpi
Yang dipikulnya tiap hari
Sambil menimangku ia pun menyanyi:
Timang tinggi-tinggi,
Dapur tak berasap,
Bila besar nanti,
Jangan masuk lokap.

Ibuku tidak mengenal buku dan sekolah
Tiap pagi terbongkok-bongkok di lumpur sawah
Menggaru betisnya yang dikerumuni lintah.
Hatinya selalu teringat
Suaminya yang mati melarat
Setelah dikerumuni lintah darat

Ibuku tangannya kasar berbelulang
Mengangkat bata-bata bangunan
Wajahnya dibedaki debu berterbangan.
Ibu tidak pernah mengenal supermarket
Tinggal di bilik sempit
Upahnya buruhnya sangat sedikit

Ibuku tidak punya TV
Tidak berpeluang pula menontonnya
Tak pernah mengikuti laporan parlimen
Atau ceramah bagaimana menambah jumlah penduduk
Tidak pula tahu adanya forum kemiskinan
Atau pertunjukan masak-masakan
Dengan resepi yang sangat menakjubkan

Ibuku setiap pagi berulang ke kilang
Bekerja dengan tekun hingga ke malam
Mikroskop itu menusuk matanya dengan kejam
kaburlah mata ibu diselaputi logam

Ibuku tidak tahu tentang hak asasi
Apalagi tentang seni dan puisi.
Jika ditanya makna melabur
Nama-nama saham yang menjanjikan makmur
Atau tentang dasar pandang ke timur,
Ibu tersenyum menunjukkan mangkuk bubur
Yang melimpah kanji beras hancur

O ibuku sayang
Di negerimu kau menumpang.
Sesekali kudengar ibu menyanyi
Pantun tradisi caranya sendiri:
Siakap senohong,
Gelama ikan duri,
Bercakap bohong,
Tak boleh jadi menteri

Usman Awang

( Dipetik dari Puisi-puisi pilihan Usman Awang)

Monday, May 4, 2009

Sebarkan perkhabaran ini ..

Kami amat berharap jika rakan-rakan yang membaca blog ini dapat membantu menyebarkan program perjumpaan semula kita yang bakal kita adakan. Tidak semua rakan yang dapat kami hubungi maka jika ada yang dapat membantu ... amat kami alu-alukan.
Cadangan tentang tempat, aktiviti dan tarikh perjumpaan juga kami tunggu. Orang-orang kuat kita di Pulau Pinang .. anda amat diperlukan bagi menjayakan program ini. Sapa ye orang-orang kuat kita disana? Kaber, Saiful Hadi, Suriani, ibrahim suami isteri, Firdaus, Ruzi ...