Saturday, May 16, 2009

Selamat Hari Guru ...

Ucap selamat yang setiap tahun kita terima, caranya mungkin berbeza saban tahun tapi tujuannya tetap sama. Memberi sedikit penghargaan atau ada yang memanggilnya pengiktirafan kepada para pendidik. Dalam mengharungi beban tugas dan tuntutan kerja yang mencabar, sedikit ingatan yang diberikan amat besar maknanya.

Walau bagaimana sekalipun sambutannya, kita masih tetap begini kerana mengajar itu tugas kita, tugas hakiki yang perlu dilunaskan setiap hari tanpa ada rasa jemu.

Selamat menyambut Hari Guru untuk semua pendidik.

No comments: